Tuesday, August 24, 2010

Ustaz Farhan

Saya berkesempatan menemui Ustaz Farhan Bin Abdullah di satu surau di Bangi baru-baru ini. Ustaz ini dulu Misinory Kristian dan sekarang Pendakwah Islam. Saya rasa pengalaman hidup beliau boleh dijadikan iktibar untuk kita kongsi bersama.

Nama asal beliau sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Beliau dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa beliau seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Beliau dilatih oleh bapa beliau untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitingan usaha mereka mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan beliau masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Mereka ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kala mereka bantu dengan duit secara spontan. Ada kala mereka hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb.

Dengan cara ini mereka mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,mereka berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi mereka mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya mereka dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan beliau ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 beliau dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Beliau mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 beliau belajar di sekolah asrama penuh. Beliau terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan beliau untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan beliau menyebarkan agama kristian. Beliau mempunyai beberapa soalan yang beliau kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, beliau bersemuka dengan Ustaz yang mengajar beliau (beliau panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi beliau rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu beliau bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Beliau katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". Beliau kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan beliau dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Beliau dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian beliau dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu beliau menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Beliau mengatur pertemuan ustaz beliau dengan beberapa orang paderi,kawan- kawan bapa beliau. tetapi mereka enggan. Lalu beliau bawa ustaz itu kerumah beliau dan bertemu bapa beliau seorang ketua paderi. Ternyata bapa beliau juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa beliau memarahi beliau kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali beliau tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji beliau gemar berdialog dengan ustaz itu. Beliau memerhatikan kehidupan ustaz tu, dan beliau mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam beliau bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta beliau membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik beliau mengikuti mereka. Beliau meronta-ronta. Disamping itu beliau dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang beliau meronta-ronta, beliau terjaga. Beliau mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi beliau dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau.... "

Beliau pegang tangan ustaz itu, beliau katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta beliau bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu beliau pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman beliau, beliau pulang ke rumah. Sampai di rumah,beliau lihat pakaian beliau bertabur diluar rumah. Rupanya bapa beliau telah tahu. Sebaik melihat beliau, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah beliau. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Beliau segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.Tinggalkan keluarga beliau. Tinggalkan sekolah. Beliau bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum beliau dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Beliau diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan beliau Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang mereka nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun beliau di PERKIM. Beliau masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah beliau dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian beliau bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Beliau banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun beliau letak jawatan.Beliau sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Beliau rasa tiada keiklasan.

Biarlah beliau jadi pendakwah bebas. Beliau ingin membilas dosa lalu. Beliau telah ramai memurtadkan orang..kini beliau mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga beliau. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM beliau selalu telefon ayah,emak dan adik beradik beliau. Beliau katakan jangan bencikan beliau. Beliau beliaung ayah.beliau beliaung emak.beliau beliaung adik beradik beliau. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara beliau, beliau hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun beliau telefon. 7 tahun beliau hantar surat dan buku-buku. Beliau menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu beliau di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar beliau mendapat berita...... .. Ayah beliau menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan beliau ketika itu. Beliau menangis dan menangis. Beliau ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata beliau menjadi terlalu murah....beliau terus menangis...beliau pejamkan mata...beliau bayangkan ayah dihadapan... beliau peluk erat tubuh ayah dan mereka menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...

Peristiwa yang beliau alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah beliau. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini beliau pendakwah bebas. Beliau sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Beliau pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Pensyarah tersebut boleh sergah beliau,"You apa tahu...Islam pun baru setahun jagung....."

Beliau sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah beliau tak akan masuk Islam. Tapi beliau pilih Islam kerana beliau tahu apa itu Islam, kerana itu beliau ajak menghayati Islam.

Beliau kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Beliau berdialog tentang Islam. Beliau kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Beliau diancam oleh puak Kristian. Beliau juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Beliau tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana beliau ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan beliau.

Beliau turut menubuhkan sektretariat yang disertain rakan-rakan seperjuangan di Mesir yang dinamakan "Akademik Tahfiz Al-Quran Wal Hadith di bawah kelolaan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari.

Beliau turut memberi nasihat kalau ada sesiapa terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul .Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Sesiapa yang berhajat untuk hulurkan derma, zakat dan sedekah bagi membantu aktiviti Ustaz Farhan boleh menggunakan akaun berikut:

Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith
no Akaun 5622-63-01294-0 (Maybank)

Pengarah,Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Bestari
no akaun 12-029-01-003493-7 (Bank Islam)
No akaun 5122-68-40494-7 (Maybank)

15 comments:

PINATBATE said...

Subhanallah..terima kasih maklumat ini

KAMATO said...

pinatbate, perjuangannya itu tak ternilai

Ayah Zain said...

salam kamato,

sama-sama kita ambil iktibar

Ummi Humaira said...

salam akhi KAMATO...

sebelum ni pernah baca cerita ustaz ni , tp terpanggil untuk menatap satu persatu kaliamh yg tertulis cerita dia di sini lagi...

alangkah seronoknya kalau jiwa orang2 islam sama seperti dia...tp semua nya ada udang sebalik mee...

Mohd Shukri Hussin said...

salam.. saya rasa pernah baca artikel ini.. adakah anda ada copy paste dari mana2?

shami2 said...

Salam komato..

Kita susah bila ada antara kawan seagama menentang kita...banyak terjadi dalam masyarakat hari ini maupun dalam sesebuah organisasi..

Semoga usaha ustaz farhan berjaya...dan dipelihara oleh Allah

asuharAsuE said...

saya pun pernah terbaca dalam email tentang ini, tapi baru di sini melihat gambar ustaz farhan ni.

terima kasih bro atas ilmu2 sepanjang 1/2 bulan puasa ni.

KAMATO said...

AZ, sama2 kita ambil iktibar

KAMATO said...

Ummi, cerita dia ni memang banyak di email sebelum2 ni

KAMATO said...

Mohd sukri, cerita dia ni memang dah diemail ramai org sebelum ni, saya terpanggil utk n3 ni bila jumpa dia baru2 ni dan dptkan no akaun bank utk tujuan derma

KAMATO said...

Shami, harap2 usahanya berjaya

KAMATO said...

Asuhara, semoga usahanya dimudahkan, tujuan saya letak di sini pun hanya utk iktibar kita di samping mungkin ada yg bermurah hati utk menderma

amirnudin shaari said...

ustaz nak bertanya, ketua paderi boleh berkahwin ke dan ada anak ke ? berkenaan holy water tu macam menyuruh kita percaya kpd syirik je, setahu saya holy water tu air paip je,

amirnudin shaari said...

perjuangan ustaz semoga mendapat rahmat allah dan sentiasa istiqamah dan menjaga tatasusila dan menghormati agama lain

amirnudin shaari said...

jangan kita membenarkan atau memesongkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu,sebab ianya merosakkan dakwah islam kepada agama lain serta islah kita kepada umat islam sendiri.