Thursday, August 12, 2010

Suri Teladan 1

Suatu hari Khalifah Hisyam bin abdul Malik masuk ke Masjidilharam, tiba-tiba dia melihat Salim bin Abdullah bin Umar al-Khattab, seorang ulama besar dan termasuk salah seorang daripada fuqaha’ yang tujuh. Beliau membawa kasutnya dengan kedua-dua tangannya. Ada yang mengatakan serban, kasut dan bajunya hanya berharga lebih kurang 13 dirham. Maka dilihat Khalifah Hisyam bersama para amir (gabenor), para menteri dan para pengawal, lalu ia bertanya kepadanya: “Wahai Salim, apakah kamu memerlukan sesuatu dari ku?”

Salim berkata: Tidakkah kamu berasa malu berkata seperti itu di dalam rumah Allah?”

Ketika Hisyam keluar, dia menunggu Salim keluar di luar perkarangan masjid. Hisyam bertanya lagi: “Wahai Salim tadi kita di dalam Masjidilharam, sekarang kita di luar Masjidilharam, apakah kamu memerlukan sesuatu daripadaku?”

Salim menjawab: “Daripada kepentingan dunia atau akhirat?” Hisyam menjawab: “Tentu sekali daripada kepentingan dunia.”

Salim berkata: “Demi Allah, tiada Tuhan selain Dia, saya tidak memohon dunia yang dimiliki Nya, bagaimana mungkin saya akan memintanya daripadamu yang sangat miskin ini! Sesungguhnya manusia itu miskin. Apakah manusia itu mengira bahawa kalau dia sudah memiliki wang berjuta-juta, atau pelbagai istana, rumah serba mewah, teman-teman yang ramai, dia telah memiliki dunianya? Dia tidak mengetahui bahawa kecukupan dan kekayaan itu menetap di hati, tatkala hati itu hidup bersama iman.”

Seorang penyair mengatakan:

Ambillah semua duniamu dan biarkanlah,
Hatiku merdeka, bebas dan terasing,
Sesungguhnya aku orang yang paling kaya antara kalian,
Walau kalian meninggalkanku sendiri tanpa mempunyai apa-apa.

15 comments:

Ayah Zain said...

salam,

alhamdulillah, dapat kita berkongsi ilmu

KAMATO said...

AZ, ini adalah nukilan sheikh al-imam tajuddin

arsaili said...

salam ramadan dan selamat berpuasa ...

taj said...

Salam,

terimakasih perkongsian..
singgah ziarah...alhamdulillah

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

selamat berpuasa

alhamdulillah
bertambah ilmu

Wassalam

ZABS said...

Salam Kamato,
Terima kasih atas perkongsian.

Kak Sidah said...

Salam Kamato,

Betul, kalau kita mempunyai hati yg tenang, aman tenteram, itulah kebahagian yang hakiki..tiada kebahagian selain dari ketenangan jiwa..harta yg banyak pun belum tentu membawa kebahagian pada kita.

Mak Su said...

salam ramadhan kamato, tak naik ke broga ker? ;)

saya kerap terserempak dgn org yg bongkak kerana hebat pangkat dan banyak duitnya, sy pasti, puisi kesufian sebegitu tidak akan dpt menjinakkan hatinya, hanya Allahlah yang berkuasa....

(tiba2 saja tersentuh dengn n3 kamato ni)

KAMATO said...

Arsaili, salam ramadhan untuk saudara jua

KAMATO said...

Taj, terima kasih singgah

KAMATO said...

Rozali, selamat berpuasa untuk sdr juga

KAMATO said...

Zabs, sekadar berkongsi mana yg mampu

KAMATO said...

Zabs, sekadar berkongsi mana yg mampu

KAMATO said...

Kak sidah, betulla tu.... Kebahagiaan itu terletak hati dan sanubari yg suci dan menjaihu hasat dengki

KAMATO said...

Maksu, bulan puasa ni tak naik braga, rehat sikit. Manusia bongkak ini memang ada di mana2, padanya harta itu segala2nya