Tuesday, September 29, 2009

Hari Raya

Berikut catatan ringkas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini

Raya Pertama – Ijok Selangor
Raya Kedua – Tanjung Karang Selangor (Pekena sambal Tahun)
Raya Ketiga – Kuala Berang Terengganu
Raya Keempat – Kuala Berang (Satu keluarga dari Muar datang menziarah)
Raya Kelima – Kota Bharu (Majlis perkahwinan Niza, sempat bertemu sahabat lama di Kota Bharu. Jalanraya di Bandar itu sesak teruk di musim perayaan)
Raya Keenam – Kuala Berang (4 keluarga dari KL, Kulai, Kajang, KT datang menziarah. Abang dapat mencari 20 kg ikan baung untuk kenduri
Raya Ketujuh – Kemasik/Kemaman, Terengganu
Raya Kelapan – Kulai/Batu Pahat, Johor
Raya Kesembilan – Masuk kerja


Keluarga besar pengantin.

Wednesday, September 16, 2009

banglo


Kami baru ni menerima jemputan untuk berbuka di Banglow 3 tingkat ini. Masuk kali ni dah 2 kali aku masuk ke dalam rumah yang bernilai tak kurang RM 1.5 juta. Lebih kurang 50 orang yang hadir. Majlis simple je tapi signifikan. Selepas berbuka berjemaah Magrib beramai-ramai sehinggalah ke terawih. Satu perkara yang paling best kami dihidangkan dengan kuih tradisi Kelantan iaitu JALAMAS, BUNGA TANJUNG DAN NEKBAT. Kesemuih kuih ini rasanya begitu manis iaitu makanan yang di takuti oleh orang yang berpenyakit diabetes.

Sunday, September 13, 2009

Majlis Khatam Quran

Majlis khatam Quran Taman Langat Jaya yang berlangsung di surau Al Islah berjalan dengan jayanya. Majlis tersebut bermula selepas waktu Asar. Berbuka beramai-ramai di Surau dan seterusnya berterawih. Selepas terawih penyampaian sumbangan untuk anak-anak yang bertadarus, anak-anak yatim, ibu tunggal, imam dan sumbangan duit raya untuk semua anak-anak dalam taman. Anak-anak la yang paling seronok dalam majlis ini. Majlis di sambung dengan Qiamulail ke esok paginya. Berikut beberapa foto majlis tersebut hasil rakaman puteri ku.
Aku hanya sempat berada di penghujung majlis, selepas berbuka di Ijok aku terus berkejar untuk ke majlis ini.

Tuesday, September 08, 2009

Singgahsana

Petang semalam aku menerima jemputan dari sahabat untuk berbuka di Singgahsana PJ. Boleh tahan juga berbuka di situ. Yang pastinya walaupun zaman gawat, meja tetap penuh. Ia bukan saja di dikunjungi orang islam tapi ramai jugan bukan islam yang turut berbuka.

Kumpulan Rabbani menggamat suasana. Zul telah pun menjadi penyanyi utama Rabbani menggantikan arwah Ustaz Asri. Boleh tahan jugak suaranya, standing dengan suara arwah. Zul ni sebenarnya sebelum ni adalah pengadun suara kumpulan itu. Setelah semua ahli di uji suara, namun tiada yang boleh standing dengan suara arwah, maka beliau telah menawarkan diri untuk di uji. Ternyata beliau mempunyai suara yang baik, kalau tak sama dengan suara arwah pun, sekurang-kurangnya menghampiri sama.

Monday, September 07, 2009

Sg Petani

Hujung minggu aku diperlukan untuk ke Sungai Petani. Tugas tetap tugas walaupun di bulan puasa. Ke Sungai Petani memang kena pilih. Kalau drive ambil masa 5 jam, tapi tak larat bulan puasa. Naik flight kena pilih, ikut Kepala Batas atau Bayan Lepas. Kalau ikut dekat Bayan Lepas lagi dekat tapi takut jam atas jambatan. Kalau ikut Kepala Batas jauh sikit, tapi lancar cuma tambang teksi je dah RM 95 dari Kepala Batas ke Sungai Petani, sama harga petrol dari KL ke Sungai Petani. Akhirnya aku ambik keputusan ikut Kepala Batas. Penganjur telah sediakan bilik, siap pakej berbuka dan bersahur. Murah betul pakej berbuka kat sini, jauh lebih murah banding pakej berbuka di hotel-hotel di KL. Berbuka la aku beramai-ramai bersama peserta kursus. Peserta adalah guru-guru SMT zon utara. Dalam perjalanan balik pemandu teksi bawak aku untuk mengambil bubur lambok yang di sedekahkan oleh individu di bandar itu. Kata pemandu teksi tu, “Ini untuk abang berbuka kat airport nanti”. Sampai di aiport Saudara Rahmat datang jemput aku untuk berbuka di rumah dia di Jitra. Kali ni Mahani hidang ikan keli bakar dan gulai daging campur rebung, memang menyelerakan.
Sebahagian peserta yang hadir
Airport di Kepala Batas lengang

nota: aku dapat ramai kawan baru, dua orang pemandu teksi dan ramai cikgu dan cikgi sekolah teknik

Friday, September 04, 2009

Masjid Besi

Syukur hari ini aku berkesempatan untuk kali pertama ke Masjid Besi yang pertama kali mengadakan Solat Jumaat. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali Masjid Besi adalah kedua besar selepas Masjid Putra. Kontraktor yang bertanggungjawab ke atas pembinaan masjid ini adalah Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB). Segala kemudahan yang disediakan memang memuaskan. Pemandangan di kiri kanan masjid memang menajubkan. Mengikut maklumat yang disediakan banyak aktiviti-aktiviti telah di rancang di masjid tersebut. Inila satu-satunya masjid yang mempunyai 2 tingkat tempat letak kereta di bawah masjid, seolah seperti di komplek membeli belah. Yang tak seronoknya apabila semua jemaah keluar serentak dari bangunan itu, exit di tempat letak kereta menjadi sesak sehingga kita terpaksa menunggu lama sebelum dapat dari komplek itu.

Pemandangan dari sisi masjid

Tuesday, September 01, 2009

Ayam Panggang

Di Bandar Baru Bangi terdapat sekurang-kurangnya lima pasar Ramadhan. Namun begitu dua tempat yang begitu popular ialah di belakang PKNS dan di seksyen 16 (rancangan Samsul Ghau-ghau). Kedua tempat ini memang cukup meriah dan menjanjikan traffic jam yang dasyat. Nak cari apa jenis makanan memang ada kat tempat ini. Di belakang PKNS ayam panggang madu adalah antara gerai yang diminati setiap tahun. Pelanggan sanggup beratur panjang dan menunggu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mendapat yang di hajat. Tak tau apa sebenar tarikannya, pada hal tempat lain ada juga ayam panggang tapi tak perlu la beratur macam tu.


Pelanggan sanggup beratur panjang