Lawatan kerja singkat 3 hari ke Berlin memang begitu memenatkan, walau bagaimanapun ianya berjaya dan semua yang hadir berpuashati. Program bermula selasa minggu lepas, penerbangan berlepas jam 11.55 malam ke Armterdam yang mengambil masa 13 jam. Transit 7 jam di Arsterdam sebelum menyambung penerbangan ke Berlin. Tiba di Berlin jam 5.30 petang waktu Berlin dan terus check in hotel . Ini bermakna aku terpaksa melalui masa hamper 24 jam baru sampai destinasi. Kesokkan harinya terus bermesyuarat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang untuk 2 hari berturut-turut. Mesyuarat berkenaan ISO welding kali ini di jalankan di DIN Berlin yang dianggotai oleh wakil-wakil dari 14 buah negara. Wakil dari France telah mempengerusikan mesyuarat. Perbincangan setiap isu berjalan dengan lancar walaupun kadang-kadang menimbulkan suasana tegang kerana masing-masing negara ingin mempertahankan kepentingan negara masing-masing. Masuk hari ke 4 yang sepatutnya tiada sebarang program sebelum berlepas balik ke Malaysia telah kami putuskan untuk melawat Praha. Ke Parah menggunakan keretapi yang bertolak jam 4 pagi. Ini bermakna pukul 3 pagi terpaksa bertolak dari hotel. Perjalanan ke Praha memakan masa 5 jam. Akan ku cerita dalam entri akan datang berkenaan Praha. Setelah 9 jam di Kota Praha bertolak balik dengan keretapi malam ke Berlin. Jam 12.00 tengah malam baru sampai di Berlin. Keesok paginya jam 4 pagi bertolak ke aiport untuk penerbangan balik melalui Armterdam, kali ni transit 4 jam di Armterdam sebelum menyambung penerbangan ke KL. Memang terasa penatnya. Oleh kerana flight ke KL penuh pihak pengurusan MAS telah menaik taraf tiket aku dari Business Class kepada First Class. Itu rezeki namanya, bukannya senang nak dapat peluang naik first class. Sekurang-kurangnya boleh melepaskan penat selepas 4 hari tidur tak menentu. Dalam cabin first class ni kalau tertidur pun pramugari tolong selimut oooo.........
Saturday, July 26, 2008
Friday, July 18, 2008
Imigresen
Akhirnya apa yang aku duga berlaku juga. Jerman begitu mengawal kemasukan pelancung dari luar. Biasanya pelawat yang telah menggunakan tempoh lawatan selama 3 bulan di sini perlu keluar dari Jerman dan boleh masuk balik sebagai pelawat selepas 3 bulan. Kes aku tak sampai seminggu keluar Jerman dah masuk balik. Pegawai imegresen yang menjaga tenguk aku atas bawah. Macam-macam soalan dia tanya kat aku, walau pun aku dah tunjuk semua dokumen rasmi tujuan lawatan. Akhirnya dia tanya kat aku lebih kurang maksudnya ‘awak ni belajar ke bekerja?’. Aku jawab kedua-duanya. Lagi la pegawai tu jeling aku semacam. Akhirnya aku di beri laluan selepas menerangkan sepenuhnya. Dia ingat aku suka sangat apa duduk Jerman ni.
Thursday, July 17, 2008
Arsterdam
Tak sampai seminggu di negara, aku dah di Jerman semula. Ramai yang bertanya kenapa perlu balik. Sebenarnya visa lawatan aku dah habis untuk 3 bulan dan terpaksa balik. Arahan dan kelulusaan untuk hadir ke Berlin ni pun hanya di saat akhir. Tujuan ke sini adalah mewakili SIRIM dalam meeting ISO/TC 44 Welding and Allied Processes di peringkat antarabangsa. Turut hadir juga wakil dari UTM, Petronas dan Sime Darby.
Penerbangan dari KLIA transit 7 jam di Armterdam. Sempat keluar dari airport dan melawat Bandar Armterdam. Bandar yang diterletak di bawah paras laut itu begitu sibuk sekali. Kali terakhir aku mengunjungi bandar ini kira-kira 2 tahun lepas. Sempat menghabiskan masa sejam menaiki cruise mengelilingi Bandar tersebut. Ternyata Armterdam di penuhi dengan air dan terdapat lebih dari 1000 jambatan di Bandar itu. Armterdam begitu padat sekali, sehingga kerajaan Belanda membenarkan rumah-rumah terapung dibina di permukaan air yang boleh dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air. Bangunan-bangunan yang berumur melebihi 400 tahun masih di guna dengan baik.
Friday, July 11, 2008
Kepulangan
Tamat sudah pertapaan selama 3 purnama di bumi Jerman, maka tamat juga babak kedua bagi melengkapkan kajian di negara itu. Sekarang ni aku dah berada di dalam negara untuk tugas seperti biasa. Berita yang ku terima hari pertama di opis, aku telah diluluskan untuk di arahkan terbang semula ke Jerman dalam waktu terdekat, kali ini ke Berlin atas misi khas.
Wednesday, July 09, 2008
Prof Rikeit
Hujung minggu baru-baru ini kami menerima jemputan dari Prof Rikeit untuk minum petang di rumahnya. Beliau merupakan salah seorang Prof di Uni-Bremen. Pengalaman di Mercherdes begitu lama. Walaupun sekarang sudah tidak bekerja di syarikat itu, tapi masih menerima kelayakan menggunakan S-clas syarikat yang di tukar dengan kereta baru setiap 6 bulan. Begitu la hebatnya syarikat kereta terkemuka dunia itu menjaga kebajikan kakitangan.
Prof Rikeit ni merupakan warga Jerman yang beristerikan seorang wanita British. Anak beliau telah berkahwin dengan seorang warga Sabah. Oleh itu jiwa dia amat rapat dengan Negara kita. Walaubagaimana pun beliau pada masa ini sedang mengidap penyakit yang agak kronik. Doktor mengesahkan beliau mempunya ketumbuhan di kepala. Pakar-pakar di Jerman ini pun tidak berani melakukan pembedahan kerana resikonya yang amat tinggi. Malah satu masa doctor mengatakan peluang untuk dia hidup Cuma 3 hari. Dia sedang berusaha mendapatkan rawatan pakar di US dan buat masa ini beliau hanya bergantung pada ubat penahan sakit. Keadaan dirinya itu membuatkan hampir 2 bulan beliau tidak datang ke Uni-Bremen.
Beliau duduk di kawasan perkampungan di Achim iaitu 20 minit perjalanan dengan keretapi dari Bremen. Apa yang paling istimewa beliau menduduki rumah yang berumur lebih dari 400 tahun. Semasa beliau membeli kawasan itu, rumah tersebut begitu teruk dan beliau menghabiskan masa 10 tahun untuk membaikpulih rumah itu tanpa mengubah struktur asal. Dan yang paling menajubkan semua baikpulih dilakukan oleh beliau sendiri. Hiasan dalaman juga dipenuhi dengan perabut antik. Di sekeliling rumah beliau pula di penuhi dengan pokok-pokok buah seperti epal, ceri, walnut, pear dan macam-macam lagi.Petang itu beliau begitu ceria seolah seperti tiada penyakit. Malah isterinya menyucapkan berbanyak terima kasih kepada kami kerana sejak Prof ini di sahkan bepenyakit beliau sering mendiamkan diri dan petang itu tiba-tiba keadaannya begitu ceria sekali. Berkat semangat nya yang begitu tinggi semoga beliau mampu melawan penyakit yang ditanggung dan berhasil mencari pakar untuk mengubatinya.
Sunday, July 06, 2008
Minum Petang
Petang Sabtu iaitu minggu terakhir kami di Bremen ini, kami telah berhasil mengumpulkan semua pelajar di Bremen ini di kediaman kami untuk minum petang. Sekitar 20 orang kesemuanya. Alhamdulillah semuanya dapat berkumpul. Mereka-mereka ni macam pangkat adik atau pun anak-anak.
Menu minum petang ini agak simple iaitu roti canai, kari ikan tenggiri, meehon sup dan bubur kacang sahaja. Sebanyak 5 kilo tepung telah diuli dan menghasilkan 61 keping roti canai. Kami mula menyediakan menu ini mula jam 3 petang dan siap kesemuanya jam 6 petang dengan menggunakan 5 dapur serentak. Alhamdullilah semua siap sebelum tetamu sampai. Tepat jam 7 ptg mereka sampai dan dan bersurai sebelum magrib iaitu jam 9.30 malam. Seronok tenguk dia orang makan. Sekurang-kurangnya penat menyediakan makanan berbaloi. Moga mereka-mereka ini akan success dalam pelajaran masing-masing.
Friday, July 04, 2008
Politik
Dalam sehari dua ini tiba-tiba satu dunia heboh mengenai politik negara kita. Nama-nama pemimpin politik dan pengakuan-pengakuan bersumpah antara topik utama berita. Malah beberapa Prof di Universiti di Bremen ini pun begitu peka dengan senario politik kita.
Apalah nak jadi dengan politik negaraku.
Ya Allah! Tunjukanlah kepada kami yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Lindungilah negara kami dari sebarang bala.
Politik adalah amanah untuk membela nasib rakyat.
Tuesday, July 01, 2008
Night Live in Berlin
Urusan penghantaran buku melalui kedutaan memaksa aku bermalam sekali lagi di Berlin, bandaraya terbesar di Jerman. Ternyata malam di Berlin penuh dengan warna-warni. Aku bermalam di Posdamer Patz, satu kawasan penempatan yang agak elit. Terima kasih pada keluarga En Abdullah yang menyediakan tempat penginapan kelas pertama. Berikut beberapa foto yang dirakam selepas jam 11 malam di kawasan Posdamer. Foto kurang memuaskan kerana tiada tripod bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)