Aku sempat mengunjungi kawasan taman yang di penuhi Tulip di Bandar Bremen ini. Tidak ubah langsung seperti 2 tahun dulu masa aku ke sini. Tulip berwarna merah masih menjadi pilihan. Sebenarnya Tulip berasal dari Asia Tengah, tumbuh liar di kawasan pergunungan Pamir dan pegunungan Hindu Kush. Sekarang ia terkenal di seluruh Europe dan tengah mekar pada masa ini. Belanda antara negara yang terkenal sebagai negeri bunga tulip. Terdapat sekitar 100 jenis bunga tulip yang di tanam dalam dunia dengan berbagai warna seperti merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. Terdapat juga berbagai jenis kelopak, ada yang tidak terbuka sewaktu mekar (mengucup) dan ada yang terbuka luas semasa mekar. Walau bagaimanapun Tulip biru dan ungu nampak agak unik.
Monday, April 28, 2008
Tulip
Saturday, April 26, 2008
Teerhof Guest House
Di Bremen ini kami di tempatkan di Guest house universiti di satu tempat yang dinamakan Teerhof iaitu sebuah pulau di tengah sungai. Apartment studio type yang agak simple tapi cukup selesa untuk seorang. Semua kemudahan ada terdapat di sekeliling guest house ini. Sebenarnya di university of Bremen ini banyak guest house, tapi di Teerhof inilah satu-satunya guest house yang berada di tengah-tengah pusat Bandar. Biasanya hanya student tahun akhir dari luar German sahaja ditempatkan di sini. Mungkin konsep guest house ini boleh di terap di kolej-kolej di negara kita.
Thursday, April 24, 2008
Plamyra Restaurant
Plamyra Restaurant adalah satu-satunya restoran bangsa Syria yang terdapat di Bandar Bremen ini. Menu yang disediakan tak jauh bezanya dengan restoran-restoran Timur Tengah yang lain. Kami berpeluang makan malam di restoran ini. Suasana keseluruhan restoran agak malap, memang begitu romantik. Rasa masakan boleh tahan, harga pun boleh tahan juga. Kalau convert RM memang tak berani nak makan. Yang kurang cuma satu, bila kami tanya tempat sembahyang hanya ditunjukan satu lorong yang sempit yang hanya boleh muat untuk sembahyang seorang sahaja.
Monday, April 21, 2008
Tram
Tram adalah pengangkutan utama di semua Bandar di seluruh German. Kederaaan ini begitu efficient dan akan sampai tepat pada waktu yang di tetapkan. Setiap hari pengangkutan ini yang kami guna berulang dari tempat kediaman ke office. Tram no 6 yang kami guna. Oleh kerana tram yang kami naiki merupakan tram untuk ke airport, maka ianya adalah antara tram terbaik di Bandar Bremen ini. Satu keistemewaan tram ini, trak untuk laluan dia juga diguna oleh kederaan lain. Agaknya kalau di pasang di KL boleh jadi jem gila.
Beginilah kesesakan penumpang setiap pagi
Tempat menunggu tram setiap hari
Sunday, April 20, 2008
Kebab House
Di mana-mana tempat di German ni memang ramai warga Turki. Sebahagian besar mereka adalah peniaga. Mungkin disebabkan terlalu ramai puak-puak mereka ini, maka kebab house boleh di dapati di mana-mana. Cuma kadang-kadang agak kuatir untuk mendapatkan yang betul-betul halal. Begitu juga di Bremen ini, terlalu banyak kedai menjual kebab. Tapi dalam banyak-banyak tu hanya dua kedai sahaja yang tidak menjual alcohol dan tidak diragui makanan yang dijual. Salah satunya ialah Kebab house Ali Baba. Rasa dan harga kebabnya masih sama seperti dua tahun yang lepas. Kedudukannya yang hampir dengan masjid menjadikan ianya tempat persinggahan utama jemaah masjid untuk mendapatkan kebab. Rasa Kebab di Europe ni memang berbeza sekali dengan kebab yang dijual di negara kita.
Friday, April 18, 2008
Berpantang mati sebelum ajal
Sekali pandang pokok ini seperti pohon-pohon yang telah mati. Tapi sebenarnya ia menunggu tumbuhnya daun baru. Begitulah besarnya ciptaan Tuhan. Keadaan cuaca di Bremen ini pun masih tak menentu. Sepatutnya masa ni dah musim bunga, tapi cuaca masih sejuk. Kadang-kadang bawah 5 darjah celcius. Boleh dikatakan saban hari sejak kami sampai, hujan turun setiap petang. Macam juga di Kuala Lumpur. Tapi hujan di sini taklah selebat hujan di Malaysia tapi cukup untuk menambah kesejukan sedia ada. Kadang-kadang terfikir juga, seronok di tempat kita tak perlu pakai baju sampai 2 kilo berat.
Thursday, April 17, 2008
Dr Thomas
Sudah menjadi satu tradisi, semua klinik akan tutup pada petang Rabu di sini. Setiap perjumpaan juga perlukan temujanji sebelum itu. Walau bagaimanapun petang semalam Dr Thomas Borger dari Pusat Rawatan di Wachmannstrase 115, sanggup menunggu aku untuk buat pemeriksaan. Rawatan berpunca sakit belakang, mungkin terlalu lama perjalanan dan terpaksa mengangkat barang yang agak berat. Temujanji diurus oleh pihak universiti. Layanan doktor memang memuskan. Tiada sebarang bayaran dibuat, semuanya diuruskan oleh pihak insuran. Selepas kena injection, ini la ubat yang aku kena telan. Alhamdullilah sakit semakin reda.
Wednesday, April 16, 2008
Bremen Kembali
Sekali lagi aku kembali kebumi German ini untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kali ini aku ditempatkan di Zum Gastehaus Teerhof iaitu rumah tetamu Universiti of Bremen yang terletak di tengah-tengah pulau di sebatang sungai di bandar Bremen ini. Mungkin merupakan lokasi rumah tetamu terbaik masa ini di Bremen Universiti. Untuk tempoh 3 purnama ini blog ini akan berkisar di bumi German ini.
Pemandangan dari depan apartment
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)