Wednesday, May 24, 2006

Volkswagen

Hari ni kami melawat ke Volkswagen yang terletak di Wolfsburg iaitu 2 jam perjalanan dari Bremen. Ini kali kedua aku melawat kawasan ini. Kali pertama tahun lepas semasa aku terlibat dalam membangunkan coaching manual di sini, masa tu aku cuma melawat di Autostadt sahaja iaitu sebahagian dari komplek tersebut. Sebenarnya tempat ni tak berapa sesuai untuk membantu research phd aku. Tumpuan aku lebih kepada Small and Medium Enterprise, tapi ini giant company. Tapi memandangkan universiti dah atur, terpaksa pergi jugak. Tempat ni merupakan satu komplek membuat, memasang dan memasarkan berbagai jenis kereta dalam kumpulan Volkswagen seperti Audi, Bentley, Lamborghini, Seat, Scoda dan Volkswagen. Komplek tersebut begitu canggih dan dilengkapi berbagai kemudahan untuk pelanggan. Kita boleh memesan kereta mengikut cita rasa kita. Sebagai contoh kalau kita nak stering kereta kita di bentuk dengan berbagai kaler, kita boleh design menggunakan software yang disediakan. Malah warna kereta kita boleh mix mengikut citarasa yang kita minat. Semuanya dibuat dengan menggunakan sistem komputer yang disediakan. Dalam masa 40 hari kereta tersebut akan siap. Tempat menunggu bagi penghantaran kereta juga cukup selesa. Kereta yang telah sedia untuk diserahkan kepada pelanggan akan memasuki dua menara setinggi 20 tingkat 2 hari sebelum serahan. Duit je kene sedia.

Lawatan dimulakan dengan melawat production line bagi berbagai model kereta golf. Memang besar betul tempat ni. Kami difahamkan untuk melawat keseluruhan production line memakan masa selama 4 hari. Kesemuanya menggunakan teknologi terkini. Jumlah keseluruhan panjang convayor yang terlibat dalam sistem ini ialah 150 km panjang. Plant ini mampu mengeluarkan sebanyak 3000 model golf sehari. Ini bermaksa setiap 25 saat VW perlu mendapatkan seorang pelanggan bati setiap keretanya. Cuma sayang kami tidak dibenarkan membawa sebarang alat elektronik kedalam plant ini, oleh yang demikian tiada sebarang photo yang dapat dirakamkan.

Selepas itu kami dibawa melawat ke tempat bagaimana yang agak unik iaitu bangunan sebelum perang dunia. Tempat ini bermula sebagai tempat membuat senjata, selepas itu semasa pemerintahan Hitler ia bertukar menjadi tempat mengeluarkan kereta VW. Kedudukan bangunan masih kukuh dan dijaga dengan rapi. Sekali lagi kami masih tidak berpeluang merakamkan photo kawasan ini.

Selepas itu kami melawat ke muzium VW. Di sini kami didedahkan bagaimana sejarah pengeluaran kereta VW bermula. Semua model kereta VW daripada sejak ianya bermula sehingga model terbaru masa kini ada di sini. Di sini la baru kami dibenarkan untuk merakamkan photo.

11 comments:

babydiana said...

assalamualaikum...seronoknya dapat melawat volkswagen..

KAMATO said...

babydiana, w'salam..... satu pengalaman baru jugak, banyak teknologi baru yg masih kita belum guna lagi dlm industri kereta

blackpurple said...

Minat juga dengan VW ni..teringat pada seorang kawan di PD yang mempunyai koleksi kereta2 mini dan VW... kalau dah minat sanggup berabis duit...

KAMATO said...

BP, kat sini VW bettle yg baru cuma 15 ribu euro, kat tempat kita RM 250 ribu

Syikin said...

tiba2 teringat keta volkswagen arwah ayah. mmg arwah sayang sangat keta ni.malangnya keta ni dah terbakar.sedih.

KAMATO said...

syikin, kalau ada lagi kereta tu mesti dah jadi barang antik...

munshi little said...

saya tak pandai langsung pasal kereta nih.Kalau kawan2 cakap tentang kereta pasti saya diam.Tapi volkswagen ni memang kereta saya dalam mimpi..he..he..he

ps:En.kamato.Terima kasih kerana membuka minda saya supaya terus lihat ke hadapan dan tidak berpatah balik dan juga supaya saya menjadi anak yang baik.Terima kasih sangat-sangat.

NBK466 said...

Kalau beli kat kilang lepas tuh pasang sendiri agaknye lagi MURAH tak? He..he.he... Takut2 kalau pasang sendiri2 baik2 kereta jadi scooter laa pulak..ha..ha..ha..

Alex Lacey said...

tak pergi lawat how dorang test kereta tu? stress test ke apa ke? should be interesting rasanya...:D

KAMATO said...

nbk466, pasang sendiri, emmm... 4 jumaat pun tak siap hehe....

alex, every part quality control dia orang jaga.

esis said...

wow hitler, apa cerita hitler disana. vw impianku.