Monday, May 08, 2006

Hujung minggu

Aktiviti biasa di hujung minggu adalah ke Flohmarkt, kadang-kadang bukannya nak beli apa tapi sekadar melihat suasana pasar tersebut. Kalau jumpa sesuatu yang berkenan baru beli. Walau pun ada trem dari rumah sampai ke tempat tu, tetapi kami ambil keputusan untuk berjalan. Bukannya jauh sangat Cuma 10 minit jalan kaki. Sekurang-kurangnya boleh juga keluar peluh, tetapi rupanya tempat tu tutup hari ni. Tak tau sebab apa, kemungkinan juga disebabkan hari ni ada F1 dan masing-masing ingin melihat pemandu mereka beraksi di tempat sendiri. Disebabkan niat asal untuk berjoging maka kami ambil keputusan menyusur sungai di kawasan tersebut. Memang terdapat trek jogging yang cantik di situ dan ramai yang turut berjoging. Mungkin disebabkan sekarang cuaca cukup sesuai. Dalam masa yang sama kami dapat menikmati suasana kampong sebenar di sini. Memang agak unik, sejuk mata memandang. Kami terus menyusuri trek jogging tersebut sehinggalah kami sampai di Stadium Warder Bremen iaitu salah satu kelab bola terkemuka di German. Masa tu dah dua jam setengah berjalan, memang berpeluh. Dah lama tak berpeluh macam ni. Kami ambik trem dan balik ke rumah.
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Sejuk mata memandang….

6 comments:

Kaklong Syikin said...

seronok dpt berjoging kat tpt org yang menawarkan pemandangan menarik.

oh ya, en. kamato silalah masuk entri saya yg terkini (pinjam duit) dan salah satu komentar tu sorang sister yg ikut suaminya belajar di jerman ni. saya tak ingat nama tpt tu. namanya ajzie n nama samaran wilhelm apa entah.blhlah lawat blog dia :).

aishah said...

55:64-Kedua-dua syurga itu kelihatan hijau tua warnanya...

Hijau tua di dalam ayat ini menunjukkan syurga ini dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang sangat banyak!...SubhanaAllah

Jika di dunia kita merasai nikmat berkenaan begitu indah...Apatah lagi syurga Allah... :)

blackpurple @ jowopinter said...

Tengah imagine suasana kampung di Jerman.... Kat sana sure takde setinggan kan...

KAMATO said...

Sykin, buat masa ni cuaca amat sesuai untuk aktiviti luar

Aishah, betultu.... semua keindahan itu milik Allah dan kita wajib munsyukuri

Blackpurple, lebih kurang je tempat kita, stinggan susah nak jumpa tapi homeles tetap ada

Babydiana, memang indah bumi ciptaan Allah ni...

zino said...

minggu ni tak keluar jogging.. kaki sakit.. tapi minggu depan ni dah ok rasanya..

kalau musim panas kat sana berapa suhu dia.. masih nyaman atau panas macam kat sini..

KAMATO said...

sekarang ni paling panas pun 24 darjah, masih nyaman......