Tuesday, August 03, 2004

SPA

Hari ni hari pertama aku terpaksa jadi panel temuduga bagi tujuan perlantikan PLV J41 bahagian Makanikal. Pengerusi panel Datin Hajah Fauziah. Awal-awal lagi aku dah dimaklumkan hanya 2 sahaja dari panel aku yang akan di pilih daripada 100 calon yang akan di temuduga. So persaingan amat-amat sengit. Calon-calon yang hadir pulak masing-masing dah berpengalaman di industri, setengah tu dah mencapai gaji 5 ribu. Memang serba salah betul nak pilih....... Sampai kadang-kadang terpikir jugak dia orang ni mungkin cuma nak test market je. Kalau dipanggil betul mungkin tak datang. Tapi apahal pun aku terpaksa pilih yang terbaik yang dijangka tidak akan menimbulkan sebarang masalah di mana-mana institut.

Aku masih ingat 3 atau 4 tahun lepas, daripada keseluruhan nama calon yang dipanggil temuduga biasanya hanya setengah sahaja yang hadir. Tapi sekarang dah berbeza. Masing-masing berlumba nak masuk kerajaan. Banyak kemungkinan punca senario ni terjadi. Salah satunya sesetengah industri bukan tempat selamat untuk bersandar, bila-bila masa boleh tutup dan cabut negara lain yang lebih murah. Apahal pun aku ada 5 hari lagi untuk memberi cadangan mana yang terbaik, tapi walaumacamanapun keputusan adalah pada panel...

2 comments:

milo ais said...

salam.. saya dapat panggilan interview PLV (telekomunikasi) under SPA. saya fresh graduate. agak2saya berpeluang x berbanding calon2 yang dh bekerja? apa soalan yg biasa disoal ya?

lady riyana said...

ni soalan yang ditanya semasa temuduga saya pada hari ini 23 oct 2o12..

1) tmpt lahir ibu, tempat lahir bapa, tempat lahir anda
2) SPM tahun berapa, degree dpt tahun brp, BM dpt gred apa?
3) tempat kerja sekarang dah ok, mengapa nak jdi PLV?
3) apakah kelemahan anda?
4) cerita kan apa hobby anda (dalam bahasa English)
5) apa rukun kenegaraan
6) apa moto 1Malaysia
7) apa yang perlu anda buat pada hari pertama mengajar, utk menarik minat pelajar anda dalam bidang telekomunikasi
8) kalau dpt posting di sarawak, bgaimana dengan suami? boleh ke
9) apakah sukan yg diceburi di Univ?
10) apakah kelab yang diceburi di univ?

Soalan teknikal dr PLV
1) apa yg anda belajar dlm microelectronic
2) apa teknologi terkini yang lebih baru dr microelectronic?
3) apakah beza nanotechnology and mircroelectronic?
4) apakah konsep communication?
5) apakah medium komunikasi?
6)cerita kan apakah transistor, apa komponen dan fungsi transistor?

saya tak pasti ok ke tak jwpn saye tp yg pasti kat soalan teknikal mmg jwb tak berapa tepat..mcm kantoi sikit laa..hahaha..ape2 pun good luck utk sume yg akan intvw post ini..