Tuesday, May 25, 2010

Air Mata itu Anugerah

Aku menerima email dari seorang sahabat yang menceritakan kisah Imam dan anaknya yang aku kira amat sesuai untuk kita kongsi bersama. Ceritanya begini...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini iserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
Gambar Hiasan

Wednesday, May 19, 2010

Kasihnya Abang

Foto ni simple tapi mengandungi beribu makna. Terharu, pilu, sedih, sukur dan macam-macam lagi. Anda semua tenguk rasa bagaimana?


Oleh itu sama-sama lah kita berusaha untuk mencari keberkatan atas harta yang amanahkan kepada kita dengan:

Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.

Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.

Sunday, May 16, 2010

Broga

Hujung minggu sekali lagi aku mendaki Bukit Broga. kali ni pergi bersama along dan angah. Kami sampai di situ jam 6.30 pagi, tapi semua tempat parking dah penuh, akhirnya terpaksa parking jauh di tepi jalan dan terpasa berjalan kaki. Ramai yang mula mendaki seawal jam 4 pagi, tapi kena la bawak lampu suluh. Sebelum sampai kawasan bukit kita terpaksa melalui belukar dan kadang melalui tebing yang curam.
Apabila selesai pendakian di kawasan belukar, kita akan jumpa bukit yang hijau tersergam. Suasana sebegini bermula selepas subuh lagi.Ramai yang datang pagi untuk beriadah, berjoging sambil menikmati penoramah indah. Di awal pagi gabungan warna-warni alam menjadikan suasana cukup mempersonakan.Berada di puncak kedua bukit tersebut. Sebenarnya untuk berada di atas sekali kita terpaksa melalui tiga puncak.Ramai yang berehat di puncak pertama.
Turun dari bukit. Biasanya suasana beratur begini hanya di panggung wayang atau di pejabat imigresen. Ini dalam belukar pun ramai orang.Terpaksa melalui tebing yang agak curam.Tuan kebun sawit ni dah tak peduli pokok kelapa sawit dia, kutipan duit parking pun dah cukup.

Wednesday, May 12, 2010

Imam harga 20 sen

Cerita ini mungkin boleh kita jadikan tauladan

Beberapa tahun dahulu,Ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia .

Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu Hari, selepas Imam tersebut membayar tambang Dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan Wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.



Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang Wang 20 sen tersebut.

“Perlukah aku memulangkan 20 sen in?“, Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

“Ah… syarikat bas in dah kaya… setakat 20 sen in.. Nak beli tosei pun tak cukup“, kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng Dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti Dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan Wang 20 sen tersebut.

“Tadi kamu beri saya Wang baki terlebih 20 sen“, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen in.. Kan sedikit je nilainya“, pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang Muslim saya wajib berlaku jujur“.

Pemandu bas tersebut tersenyum, Dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi Wang baki yang lebih sebanyak 20 sen in, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam“.

Imam tersebut turun dari bas Dan seluruh jasadnya menggigil Dan kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah…. Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!..

Monday, May 10, 2010

Hujung Minggu

Sungguh cepat masa berlalu. Cuti hujung minggu 2 hari seperti masih tak cukup. Rasanya aktiviti ku dalam dua hari begitu padat, antaranya

Joging lepas subuh
Ambik along di Batu Pahat
Basuh LORI
Basuh kereta
Hantar angah untuk aktiviti sekolah di Putrajaya
Jemputan kenduri doa selamat lepas magrib
Jemputan kenduri cukur jambul lepas isyak
Ikut sarahan Ustaz Solihen di masjid Kajang
Hantar Zahir di SMS Ceras
Ziarah emak di Ijok
Lawat kebun sawit
Kuliah magrib mingguan di di Langat Jaya

Lebih kurang 600 orang hadir setiap minggu di masjid Kajang bagi mendengar sarahan dari Tn Hj Ustaz Solehin
Hari minggu tempat basuh kereta memang penuh, mujur jadi ahli shine, mudah sikit. "LORI" ni begitu berjasa pada diri dan keluarga ku. Nak usung apa pun cukup mudah. Banyak sungguh kenangan bersamanya. Malah aku pernah tidur dalam lori ni masa out-sattion. Masa tu ada satu majlis di Kuantan. Semua hotel penuh, last-last aku parking kat masjid, lipat kerusi belakang dan tidur. Tak pernah bermasalah sepanjang usianya. Namun begitu selepas usianya mencecah 6 tahun, LORI ni agak sedikit sensitive. Ada saya barang yang mintak diganti
Huh……kalau di polish masih nampak serinya
Banyak cobaan menjaga sawit ni. Sekarang ni hampir seluruh sawit di kampong diupah kepada pekerja Indonesia. Atas sebab itu juga pencuri yang kutip buah kat kebun di siang hari pun orang kampong ingat pekerja Indon, sebab pekerja sering berubah dan mereka tak kenal. Ini la resiko yang dihadapi pekebun kecil, bila harga sawit turun masalah nak bayar upah pekerja. Bila harga sawit naik pencuri pulak rajin sukarela kutip buah.

Saturday, May 08, 2010

Bahtera Nabi Nuh

Sesuatu yang dapat kita pelajari dari kisah bahtera Nabi Nuh

1. Jangan sekali-kali ketinggalan kapal.

2. Ingatlah bahawa kita semua berada di dalam bahtera yang sama.

3. Rancang kehadapan. Semasa Nabi Nuh membina bahteranya itu belum tiba musim hujan lagi.

4. Kekal Sihat. Kita mungkin diminta untuk melakukan sesuatu yang besar semasa usia kita 60 tahun.

5. Ketepikan segala kritikan; Teruskan kerja yang perlu diselesaikan.

6. Tegakkan asas masa depan kita di dataran yang tinggi.

7. Demi keselamatan semua, bergeraklah secara berpasangan.

8. Tidak semua kepantasan itu kelebihan. Malah Siput dan cheetah juga berada dalam bahatera yang sama.

9. Jika kita rasa tertekan, lupakan masalah itu seketika.

10. Ingatlah bahawa, bahtera tersebut dibina oleh para amatur; Titanic pula dibina oleh para profesional.

11. Tidak kira betapa kuat ribut yang melanda, apabila kita bersama-sama Allah s.w.t., kebahagiaan sentiasa menanti kita di hadapan.
Gambar Hiasan

Tuesday, May 04, 2010

TIKL 80/81

Facebook ni rupanya alat terbaik untuk mengesan sahabat-sahabat lama. Dengan facebook ini kami bekas pelajar TIKL 80/81 dapat berkumpul malam minggu baru-baru ni. Selepas tamat tingkatan lima semua bawak haluan masing-masing, masa tu mana la ada handset, email pun takda. Maka terputusla hubungan kami. Dah 30 tahun baru kami dapat berjumpa semula. Dari segi fizikal 100% berubah, paling nyata rambut dan perut.

30 tahun dulu kami pernah terlangkupkan tray kat dewan makan sebab disedia ikan busuk, sampai ke sudah tak pecah rahsia sapa mulakan dulu.

Ada yang pernah kena tumbuk kat perut oleh penolong pengetua sebab curi-curi tenguk TV

Ada yang lari bertempiaran dikejar warden sebab lepaskan mercun roket ke asrama sekolah sebelah.

Ada yang pernah kena denda sebab nakal.

Namun begitu nakal-nakal kami dulu tak pernah pun menyusahkan orang. Sekarang Alhamdullilah semuanya dah jadi orang. Semuanya dah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Dah ada yang bergelar Profesor, dah ada yang berjaya dalam perniagaan, dah ada yang berjaya sebagai kontraktor, dah ada yang mempunyai syarikat sehingga 250 pekerja dan ada jugak tu setiap hari duduk padang golf.


nota: kepada pengunjung-pengunjung blog ini, mohon maaf tak sempat kunjung balas, sejak kebelakangan ni terasa amat sibuknya