Thursday, December 24, 2009
Zahiruddin
Sebelum UPSR diumum, abang dah sampaikan hajat untuk mohon asrama penuh bila masuk tingkatan satu nanti, dia pun mohon secara on-line bersama kawan-kawan dia. Pilihan pertama dia S.M.Sains Selangor. Walau bagaimanapun apabila result UPSR dah keluar (5A) dia dah ubah fikiran tak mahu pulak masuk asrama penuh, maka uruskankan permohonan dia ke S.M.Jln 4. Sekarang ni kedua-dua permohonan telah pun berjaya. Terpulang pada abang nak pilih mana satu.
Sek. Men. Jalan 4 Bangi – Hanya beberapa km dari rumah. Antara sekolah tidak berasrama yang terbaik dalam negara. Berjaya mengkalkan prestasi terbaik setiap tahun dan hanya pelajar terpilih sahaja boleh masuk sekolah ini.
Sekolah Men. Sains Selangor – Antara sekolah berasrama yang terkenal, prestasi sekolah ini pun tidak boleh di pertikai. Nak melawat hujung minggu pun tak jauh, hanya setengah jam dari rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Tahniah
apa kata ibU?
PB, ibu no comment....tapi tenguk gaya macam suka je kalau abang masuk asrama
Tahniah !
Sek Jln 4 mmg tersohor..sek kawalan tu..kalau nak cuba pengalaman baru dan belajar berdikari,elok masuk asrama..
Kalau asal benih yg baik campak ke laut menjadi pulau..kalau anak bijak dan rajin berusaha..belajar di mana-mana pun Insyaallah cemerlang..
istikharah minta petunjuk Allah.
dua dua pun bagus, moga dapat buat pilihan yang terbaik. salam bercuti-cuti
pinatbate, jln 4 tu pun ok jugak, sekarang ni pun kakak dia kat situ - tingkatan 5, tapi apapun terpulang pada dia buat pilihan
maksu, harap minggu ni boleh putuskan pilih yang mana
aah.. dua dua pon ok..
untung dpt terpilih.. tahniah..
Ptama tahniah buat abang. Cuma jika boleh biarlah dimasukkan ke sekolah berasrama. Apapun tpulang kpd anak2,kita x boleh memaksa sangat. Sekolah mana-manapun tak apa yg penting mereka.....betul tak?
kaktiny, walaubagaimanapun hanya satu je boleh pilih
deewan, kalau utk berdikari elok juga masuk asrama
kasi dia pilih je.. tapi kalau sekolah asrama dekat rumah, bagus sangat la tu..
Kalau akak , ikut anak , dua2 sekolah dekat aje dan dua2 terbaik .. tahniah buat kamato dan anak .
tu dia :) mana2 pon ok jugek kan
salam..tahniah buat zahir...kalau saya say no to sekolah berasrama dan kalau nak pun lepas pmr....unless suasana kat rumah tak cukup condusive for study...tapi biarlah dia buat pilihan...itu lebih baik
mulan, memang semua atas kepusan dia sendiri
silversarina, saya serahkan sepenuhnya pada dia buat keputusan
masy, ya la...
arsaili,rasanya suasana kat rumah dah cukup segalanya untuk belajar, terpulang padanya buat keputusan
sekolah asrama vs sekolah harian..
dua2 ada kelebihan dan kelemahan masing2.. pokok pangkal terpulang pada diri sendiri.. sy form 1-3 sekolah harian, lepas PMR - dari SBP bertukar ke MRSM.. dpt le merasa suasana di 3 jenis sekolah..
biarlah dia pilih, mak ayah sokong dan bagi pendorong..
salam kenal & ziarah ke sini.
tahniah atas kejayaan anak En Kamato...Anak boleh buat pilihan , tapi jika tanya saya - saya galakkan ke SBP...anak2 saya semuanya di asrama SBP/MRSM & sekolah berasrama kawalan - sebab di sini, sistem pembelajaran dikawal selia...mana2 sekolah pun bagus.
Post a Comment