Monday, December 28, 2009

Zahir


Abang dah ambik keputusan untuk masuk asrama penuh. Keputusannya dibuat atas kehendaknya tanpa sebarang tekanan atau paksaan. Kawan-kawan seangkatannya yang lain yang sama mohon ke sekolah tersebut takda seorang pun yang dapat. Aku ikut sahaja sebarang keputusannya.

Ramai yang bertanya macamana abang boleh dapat asrama memandangkan di seluruh negara yang dapat 5A UPSR lebih 50 ribu sedangkan tempat di asrama cuma 5 ribu sahaja. Aku cuma boleh jawab mungkin rezeki dia. Mungkin juga aktiviti kokorikulum memain peranan. Semasa sekolah beliau agak aktif. Beliau merupakan pemain ping pong hingga peringkat daerah juga aktif bola sepak di sekolah. Beliau juga pengerusi PBSM sekolah dan juga bendahari kelab pengawas sekolah. Dulu aku risau juga sebab dia terlalu banyak aktiviti luar, rupanya ada juga hikmahnya.

nota: cuti sekolah ni abang cukup aktif main PS dan internet

8 comments:

asuhara sue said...

tahniah untuk abang. semoga abang lebih berjaya selepas selepas ini, selamanya, Insya Allah.

KAMATO said...

asuhara, terima kasih...mudah-mudahan

silversarina said...

tahniah buat abang, peluang yang ada usah dilepaskan , selamat belajar buat abang !!

KAMATO said...

Silversarina, insyaallah, kita sebagai ibu bapa hanya mampu mendoakan untuk anak2

dEeWaN said...

Syukur,dpt gak abang msk asrama. Rezeki yg Allah beri jgn kita persiakan. Moga abang akn bjaya n tingkat usaha lagi coz asrama penuh ni byk saingan.

Mulan said...

tahniah abang.. memang pun gitu, sape yg aktif lebih cerah utk ke asrama penuh kan.. alhamdulillah..

Kaktiny said...

tahniah.. nanti bila uncle kamato nk hantar abang.. leh le roger tiny..

singgah le umah saya... kat alam damai.. dekat jer nk ke sekolah abang tuuh... hihihi

KAMATO said...

deewan,insyallah mudah-mudahan beliau boleh teruskan kecermelangannya

mulan, terima kasih

kaktiny, insyalah nanti saya helo helo