Sunday, December 13, 2009

Aktiviti hujung minggu

Hujung minggu ni hanya berkisar di Bangi. Tiada induksi hujung minggu, tidak pulak balik kapung tenguk sawit seperti kebiasaannya.
Pagi bawak anak bujang berenang di UKM Bangi, tengahari hadir dua jemputan kenduri di Bangi, petang bawak anak-anak joging di Tasik Cempaka Bangi dan malam macam biasa dengar ustaz berceloteh.
Komplek renang UKM ini dibuka kepada semua orang awam setiap hari. Bayaran yang dikenakan cukup murah. Kebiasaannya hujung minggu memang ramai. Zahir, Zafran kalau jumpa air tak ingat dunia. Jam 12 aku paksa mereka naik.
Kenduri di Bangi lama, di kawasan kampung yang dikelilingi pokok rambutan yang masak ranum. Melihat menu yang dihidang saja dah tau keluarga tu mesti keturunan jawa. Sungguh tak ku sangka rupanya di Bangi lama ramai masyarakat jawa. Memang makan sungguh-sungguh. Baliknya singgah satu lagi jemputan di Bandar baru Bangi, serorang tauke kedai makan. Menu yang dihidang bermacam-macam, maklumlah tauke restoran. Tapi sayang perut dah penuh.
Taman Tasik Cempaka ini merupakan satu-satunya kawasan riadah bagi masyarakat Bangi. Setiap petang kawasan ini ramai yang datang berjoging. Malah ramai juga yang datang memancing walaupun kawasan tu sebenarnya dilarang memancing.

4 comments:

zino said...

semua aktiviti tertumpu di Bangi.. bagus bagus hehe....

dEeWaN said...

seronoknya ank2 yer bila c ayh dpt habiskan masa cuti sekolah bsama. tak perlu pegi jauh2 di negara kita pun byk tmpt cuti2 malaysia.....

KAKTINY said...

kenduri... kenduri... kenduri..
tiap2 minggu ada kenduri..
(aiiyaaakk... makin tembam ler badan nih.. huhuhu)..

..................

salam maal hijrah..
tutup buku lama.. buka buku baru..

semoga tahun mendatang lebih ceria dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya.. amiinn...

KAMATO said...

zino, tu la, penuhkan masa di kampung sendiri

deewan, kalau takda aktiviti rasmi, bolehla bersama anak2

kaktiny, musim cuti ni memang la banyak kenduri