Monday, December 14, 2009

Ustaz Rashidy

Uztaz Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid, siapa yang pernah sekali mendengar kuliahnya pasti akan terpesona dan akan terus cuba mengikuti kuliah-kuliahnya. Beliau berasal dari Kampung Buluh Terengganu. Membesar di sebuah keluarga yang susah.

Sebenarnya aku tak berapa mengenali sangat beliau sebelum ini, cuma sesekali terjumpa apabila aku balik mertua di Terengganu dan kebetulan beliau juga balik. Pada hal pejabat beliau dan pejabat ku hanyalah sepelaungan. Kisah bermula apabila aku cuti beraya, melalui kakak ipar beliau memaklumkan teringin untuk menemui aku apabila mengetahui aku bekerja tidak jauh dari pejabatnya. Aku amat terharu apabila orang alim sebegitu ingin menemui aku. Sejak itu aku mengikuti perkembanganya. Sejarah pendidikan beliau bermula dari sekolah Tahfiz. Selepas hafal 30 juzuk Al-Quran beliau bertugas sebagai imam jemputan di Kelantan. Selepas itu beliau berpeluang melanjutkan pelajaran diperingkat Sarjana Muda di Maahat Qiraat Shubra, Mesir. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master) di UIA dalam bidang Usuludin. Telah menghasilkan beberapa karya penulisan yang merangkumi bidang Al-Quran dan Perbandingan Agama, dan sebahagian besar buku-bukunya terpaksa diulang cetak atas permintaan yang menggalakkan. Dan yang lebih membanggakan beliau mencetak sendiri buku-bukunya atas nama Tuan Sharifah Islamic Foundatian iaitu sempena nama nenda tercintanya Hajjah Tuan Sharifah bt Tuan Tengah. Beliau kini aktif menyampaikan kuliah di seluruh Negara, dan sebahagian besar dunianya dihambakan untuk kerja-kerja agama.

Hujung minggu baru-baru ini beliau mengajak aku mendengar kuliahnya di Masjid AnNur USJ 4. Aku pergi bersama-sama beliau. Memang selalu beliau menyampaikan kuliah di masjid ini, malah Ramadhan yang lepas beliau merupakan iman terawih jemputan di masjid ini. Ternyata yang hadir mengikuti kuliahnya bukan saja dari jemaah tempatan, tetapi juga dari luar. Dalam perjalanan balik beliau mengajak aku ke Saba restaurant di Cyberjaya, iaitu satu restaurant makanan Arab. Baru aku tahu rupa ini lah restaurant kegemaran beliau. Malam tu kami pekena nasi mandy kambing, memang mengancam. Secara tak langsung meranapkan diet ku malam itu.

Sebenarnya dalam diam aku amat kagum dan bangga dengan kejayaan ustaz ni. Kejayaan beliau adalah dari kesusahan beliau. Semasa kecilnya membesar sebagai kanak-kanak yang menjaja kuih dari rumah ke rumah. Tepat seperti yang Imam Syafie katakan; ‘Kejayaan itu biasanya terhasil dari kemiskinan’. Dalam usianya baru mencecah awal 30an, beliau telah memiliki segalanya. Ilmu agama penuh di dada, menghasilkan banyak buku, mampu memandu kereta berkuasa besar dan memiliki rumah berharga setengah juta ringgit di tengah Bandar Baru Bangi. Tetapi padanya material bukanlah ukuran pada satu kejayaan. Padanya kejayaan sebenar adalah dari sudut spiritual. Katanya juga berjaya menghayati kesusahan dan tak lupa pada masa silam itu adalah sebuah kejayaan. Pastinya akan timbul membantu sekadar mampu…ketika ada. Itupun seizinNya.

Maaf ustaz kerana menulis biodata ustaz untuk tatapan umum.

Nota: Berikut sebahagian ungkapan Ustaz Rashidy
Masa kecil-kecil dulu selepas sarapan pagi roti paun dan air milo, Ana ikut Cik tanam timun kat Tanjung. Kat sini juga la tempat Ana main wau masa kemarau. Sebelah tu ada pokok binjai tempat kami beramai-ramai tunggu binjai luruh. Kalau gatal-gatal badan Cik akan mandikan Ana dengan daun sukar. Sampai sekarang ni pun kalau balik kampong, Ana petik daun sukar, gosok-gosok dan cium baunya. Nak ulang-ulang kenangan itu. Saat begini teringat Ana pada kata-kata Syeikh Ibnu A’thoollah di dalam Al-Hikamnya: ‘Sebaik-baik saat dalam hidupmu, ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu’.

7 comments:

hambaAllah said...

salam...ustaz rashidy tu dah berumah tangga ke..?? if yes,he such a perfect pers0n i think... =)

ainhany said...

tribute buat nenda...........adalah satu bukunya yg saya miliki sekarang....best utk santanpan ilmiah.........

KAMATO said...

hambaAllah, dah hampir rasanya...

ainhany, buku tu memang penuh dengan pengajaran

Muhammad said...

Yang saya pasti Ustaz Rashidi belum kahwin, ramai yang meminang ustaz tapi gagal. boleh try cuba. Ustaz ni bacaan Quran memang best, kalu jadi imam khusyuk dengar. Dia asal orang susah, tapi berkat amalan dia yang saya nampak suka menderma dan sedekah rezeki di mudahkan Allah

lynn said...

sesungguhnya ustaz seorang yang sangat mudah didekati dan sgt peramah..mudah-mudahan segala kejayaan beliau dirahmati Allah dan bertuahlah sesiapa yg menjadi pasangan hidupnya

lynn, jitra

Izzatul Khaira said...

Pertemuan di UIA semasa ustaz datang pada ana (depan perpustakaan) dan beliau mengenalkan diri serta mempromosikan buku beliau. Tersentuh hati (kerana beliau seorang yang merendah diri: hingga sempat ana liritkan doa di dalam hati agar Allah bantu dan mudahkan urusan beliau)dan kagum apabila berjumpa dengan seorang pelajar yang sangat bersungguh-sungguh dan punya hasil tulisan yang dapat di kongsikan pada yang lain ia juga menjadi motivasi untuk ana bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Baru-baru ni ana terkejut apabila beliau ada memberikan tazkirah di TV 1 (6.30am). Subhanallah alhamdulillah..ana gembira dengan kejayaan ustaz. Rupanya ustaz dah berjaya alhamdulillah :)

Sang Kambing said...

baru2 nie Ustaz ada mai ke masjid kami memberi kuliah maghrib itupun utk menggantikan Ustaz yg tidak dpt hadir pada mlm tersebut... mula2 tgk Ustaz Rashidy ni tgk mcm biasa,mcm ceramah yg dia akan smpaikan x best,dan dia dtg dgn beg galas macam budak skolah se-olah2 dia cuma dtg dengan kenderaan yg murah... tp bila start dia bg kuliah.. kuliah dia yg plg lama dalam masjid tersebut smpai ke 2 jam lebih.. mengantuk pun tidak.. malah semua persoalan terjawab.. kemudian bila abis kuliah dan solat insyak tgk dia datang dengan toyota vellfire yg baru.. "Ya Allah,tgk seolah mcm tiada apa2.. tp x sangka ilmu nya tinggi dan kejayaan Allah bg dengan mudah..." semoga Allah murahkan rezki Ustaz dan ilmu yg Ustaz mengajar... aminn...