Saturday, December 05, 2009

Malam Sekalung Budi

4 Dis 2009 merupakan hari terakhir Y.Bhg Dato’ Ir wan Seman in Wan Ahmad berkhidmat di sector awam sebagai Ketua Pengarah JPK. Majlis perpisahan yang diadakan di Pan Pacific KLIA telah di hadiri oleh 250 orang kakitangan dipenuhi dengan persembahan yang begitu menyentuh perasaan. Tidak dinafikan terlalu banyak jasa beliau dalam memartabatkan kemahiran dalam negara kita, dan tidak salah kalau beliau digelar bapa pembangunan kemahiran dalam negara. Secara peribadi aku antara orang yang agak lama bekerja bersama beliau. Aku mula mengenali beliau sejak tahun 1986. Masa tu aku bekerja di salah sebuah institusi di Perai. Tapi masa tu aku hanya jumpa beliau sesekali sahaja. Pada tahun 1974 institut tempat aku bekerja dalam perancangan untuk diswastakan, aku telah diarah pindah ke ibu kota. Masa surat arahan pertukaran dibuat aku sedang berkursus di Wales. Dato’ Wan ni yang bertanggung jawab manarik aku keluar sebelum institut diswastakan. Masa tu sebaik aku balik berkursus aku tel beliau bertanyakan status perpindahan aku. Dia jawab daftar dulu segera selepas tu nak cuti lama pun tak pa. Sejak itu aku bekerja sepejabat bersama beliau. Terlalu banyak pahit manis bersama beliau. Mula-mula dulu selalu juga kena marah. Yang bagusnya selepas kena marah dalam bilik dia keluar ajak minum, seolah tak ada apa yang berlaku. Kira-kira dah hampir 15 tahun aku bekerja dengan beliau sehinggalah beliau bersara. Dah masak sangat perangainya, kalau tenguk muka dia pun dah tahu mood dia. Namun begitu sesungguhnya aku amat senang bekerja bersamanya. Dia sentiasa bertanggungjawab ke atas semua tindakan pegawai di bawah jagaannya. Pandangannya terlalu jauh, kadang-kadang tindakan dan keputusanya tidak terfikir oleh manusia biasa. Dia lah ketua untuk dirujuk, kadang-kadang macam bapak, kadang-kadang macam kawan. Beliau bersedia mendengar semua masalah termasuklah masalah peribadi. Mungkin sukar mencari pengganti sehebat beliau.

2 comments:

Mak Su said...

all the best to him :)

ainhany said...

selamat bersara juga buat dato Wan Namun nasihat dan pengalamannya tak mungkin bersara....
yg patah kan tumbuh....