Friday, February 20, 2009

Teh Tarik

Teh tarik dan nasik lemak telah di istiharkan sebagai makanan warisan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal baru-baru ini. Memang di akui sebenarnya teh tarik ini hanya terdapat di negara kita, begitu juga nasi lemak secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi masyarakat Malaysia.

Memang tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan daun pandan dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan. Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik yang manis bersusu.

Tapi harus diingat mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik untuk kesihatan. Teringat kata-kata Prof Ungku Aziz, seumur hidupnya beliau tidak pernah merasa nasi lemak. Sapa yang rugi, Prof Ungku Aziz yang tak pernah merasa nasi lemak atau kita yang selalu melantak nasi lemak..........

Dua orang pelancung ini begitu kusyuk menuntun siaran TV sambil menunggu roti canai yang telah dipesan sehingga tak sedar gelagatnya aku rakam. Di atas meja telah siap terhidang dua gelas teh tarik. Mungkin satu hari nanti pelancung ini akan datang balik ke negara kita semata-mata kerana teh tarik atau dia tak mau datang negara kita sebab dia dah terkena penyakit kolestrol.

16 comments:

ZABS said...

Salam Kamato,
Buka nasi lemak dan teh tarik saja yang membuat kita menyimpan banyak kolestrol. Itu sebahagian sahaja.
Roti canai, masak lemak cili padi, organ dalaman, sate perut, lontong dan banyak lagi. Cuma kalau dimakan secara sederhana, InsyaAllah, dijauhi penyakit2 itu.
Prof DiRaja U Aziz tak rugi apa2, lagi pun dia ada makan benda yang orang lain tak suka, seperti bawang mentah berbiji2 sehari.
Kita juga tak rugi sebab dapat membantu makcik2 penjual nasi lemak, yang hasil jualannya dapat menyekolahkan anak2 mereka yang mungkin akhirnya berjaya ke menara gading. Wallahua'lam.

KAMATO said...

Setuju dengan Pak Zabs, saya pun selalu membantu makcik2 tu beli nasi lemak mereka

zino said...

kamato
zino jarang makan nasi lemak pepagi.. biasa nya roti bakar je.. dan juga tak minum teh tarik.. makna nya zino tak dapat membantu makcik makcik sebagaimana saranan pak zabs.. hehe

tapi kita selalu buat perjumpaan TT (teh tarik) tapi tak oder teh pun hehe..

KAMATO said...

Zino, Sebut TT tu, agaknya bila ye kita boleh jumpa tahun ni

ZABS said...

Salam lagi. Selalu buat perjumpaan TT tu di mana? Bukan di res. mamak ke? Kena jadi member ke nak joint?

KAMATO said...

Pak Zab, TT asal usul nya dulu perjumpaan keluarga pemilik unser, tapi sekarang dah campur macam2, dulu kami selalu jumpa tiap bulan, tak kira kat mana

asuhara sue said...

Kalau kat Penang siap ada Teh Tarik KOMTAR lagi! gelas besaq, tinggi! Fuh!

Sastri said...

suka teh tarik... nasik lemak pun suka cuma kena kurangkan pengambilannya... yang menentukan nasik lemak tu sedap atau tak ialah sambalnya... kan?

Mak Su said...

makan makan gitu ok ler kot...

Mulan said...

sekali seminggu ok la gitu, jangan la hari2.. nangis organ2 dalam badan tu..

CikguZue said...

apepun makan secara sederhana, itulah yg terbaik dlm apepun juga.
ha...esok nak masak nasi lemak. jom datang. heheh....

Izariza said...

Alamak En Kamato, minggu ni saje saya dah 3 kali menyuap nasi lemak dan teh tarik ;~

Masy said...

nape agaknye dia x mkn nasik lemak eh? mcm abg sy, dia x mkn nasik lemak sbb ada sambal. dia mmg x mkn sambal. huu

blackpurple @ jowopinter said...

Saya suka nasi lemak juga. Lagi-lagi nasi lemak kat depan simpang dekat Institut Petronas Bangi tu. Pergh! Tapi makan sesekali sajalah. Teh tarik pun sesekali, bila gian. Hehehe!

zlaa said...

Salam Kamato,

Makanan dan minuman itu sudah jadi macam budaya kita. Untung juga ada trademark begitu, supaya kita tidak lupa asal usul kita ini berbangsa Melayu..

arsaili said...

salam...correction..pelancong not pelancung ahahaha....rindu aa nasi lemak yg sedap..kat sini ok gak le nasi lemak dia..teh tarik pun ada...but kena watch my diet....