Monday, March 16, 2009

Ayam penyet

Biasanya kalau mengunjungi kota ini aku akan menaiki penambang untuk ke Baruh. Miden goreng belacan antara menu aku gemar di situ. Tapi hujan lebat membuat aku tak mampu untuk menyeberang. Aku cuma mampu perhatikan penambang itu dari jauh.Penambang-penambang itu masih menjadi pilihan anak-anak yang pulang dari sekolah untuk menyeberang. Kanak-kanak itu seolah-olah tidak menghirau hujan lebat yang turun. Mungkin juga mereka merayakan hari terakhir sebelum cuti persekolahan. Dan penembang-penambang itu terus menjalanakan aktiviti mereka mengangkut penumpang walaupun sebenarnya mereka membahayakan penumpang semasa hujan lebat sebegitu. Menurut kata pekerja hotel tempat aku menginap memang hujan turun setiap petang. Ternyata hujan tak berhenti sehingga malam. Hampir jam sembilan Is datang jemput aku, katanya kita ke Raja Ayam Penyet. Dah lama dah aku dengar nama tu, tapi tak pernah berpeluang ke sana. Memang ternyata tempat tu terlalu ramai pengunjung sehingga terpaksa berdiri menunggu meja kosong. Ayam penyet dan pecel lele merupakan menu utama tempat ini. Set nasi ayam penyet ni agak ringkas, hanyalah sepinggan nasi putih, ayam goreng rangup yang panas, ulam salat dan timun serta sambal belacan sahaja. Tapi disebabkan hidangan itu dalam keadaan panas, maka ianya amat menyelerakan. Memang diakui sambalnya agak berbeza dan begitu istimewa. Maka tidak heranlah kalau seseorang itu mampu melantak dua set seorang. Is kata ada member dari Shah Alam datang, dia mampu melantak tiga set. Agaknya kalau diperkenalkan di KL ianya boleh menjadi tarikan pengunjung.

11 comments:

tulipurple said...

salam...
ayam penyet tu mmg best..kaw!skrag kat klang valley dah byk gak restorannya.

asuhara sue said...

1st time makan masa ke bali, tapi time tu perut masuk angin, jadi saya habiskan tempe penyet jek...tapi malam last jumpa lagi ayam penyet, apalagi- melepaskan dendam laa..

Masy said...

biase dgr ayam penyet tp x tau katne nk cari. last month tjumpe di JB tp x berkesempatan lg nk rasa..

silversarina said...

EEmmm sedap tu ayam penyet , kat sini ni memang tak dengar lagi ada orang jual .

indera kencana said...

Ayam Penyet? Bukan ayam penyek ye bang? hahahaha..

Jauhnya abang mengembara.. bila nak ke Jerman semula?

CikguZue said...

ayam penyet tu macamana ye. saya pernah makan ayam goreng rangup kat Padang dulu. itu ke ayam penyet? boleh tunjuk gambar tak.

zino said...

macam mana rupa ayam penyek tu hehe

arsaili said...

salam..ler ke kuching rupanya...how i wish ada kat kuching masa tu sure bole bawa ronda2 kat kuching..bila nak datang lagi?... bulan 6 nak balik kuching kejap...

pB said...

memang sedap ...
tapi agak mahal jugak harganya ...


pB lalu jer dpn restoran tu.
Penuhhhhhhhh ....
Tak sanggup nak tungguuuu

Mak Su said...

sudah meleleh air liur, mesti sedap ni :)

rudy bluehikari said...

sedapnyaaaa oishi soooo~