Tuesday, February 03, 2009

Sawit

Enam bulan lepas kalau minum di kedai kopi kat kampung semua orang berebut nak bayar, tapi sekarang ni warung kat kampung makin sunyi. Enam bulan lepas harga kelapa sawit RM 600 setan, sekarang ni tinggal RM 220 setan, itu pun belum tolak upah. Ramai orang kampung yang mengeluh. Harga kelapa sawit turun mendadak, harga barang keperluan melambung naik. Aku sempat sembang makcik belakang rumah, katanya bulan lepas apabila tolak upah meracun baki yang tinggal cuma RM20 sahaja. Ini la masalah yang sedang dihadapi pekebun kecil kelapa sawit masa ini. Mereka juga dibelenggu masalah kos pengurusan ladang apabila harga baja, racun dan sebagainya masih berada pada paras yang tinggi sedang harga sawit berada pada tahap terendah. Memang jelas sekali, dengan harga yang ada sekarang, susah pekebun-pekebun kecil sawit nak menyara hidup mereka. Siksa, kalau nak hidup selesa dan masih bergantung kepada sawit se mata-mata. Aku ada sembang dengan beberapa orang kampung, kata mereka kalau nak hidup sedikit selesa harga yang minimum adalah RM 350 setan. Silap gaya selepas ni kalau kita masuk kampung mungkin kita akan dapat menyaksikan kebun-kebun sawit yang terbiar dengan semak dan lalang. Ini disebabkan pendapatan mereka tak berbaloi berbanding dengan kos operasi.

15 comments:

pB said...

salam


lamanyer tenggelam

tiba tiba


timbul


dengan buah kelapa sawit

Mak Su said...

sedihnya dengan mereka yang tiada pendapatan tetap hanya bergantung hidup kepada sumber alam sebegitu, macamana? kena fikir cemana nak kurang kos operasi ler gamaknyer... :(

Anonymous said...

Salam Kamato,
Bukan sawit je, getah pun turun harga juga.
Ada masa kita kufur nikmat, kurang bersyukur, dugaan nak datang, kita tak tahu bila.
Banyak solat dan doa, semoga kita sentiasa ada rezeki yang mencukupi.

MySkills said...

Kisah Nabi 'Tujuh tahun makmur, tujuh tahun kemarau' membawa banyak peringatan dan pengajaran supaya kita beringat semasa senang untuk hari-hari susah akan datang. Walau pun antara kita yang kerja kerajaan dan masuk gaji tetap secara bulanan tetapi kena juga beringat. Sekurang-kurangnya kalau kita tidak susah dimasa depan tetapi mungkin boleh menolong adik-beradik, saudara-mara dan sahabat-taulan yang menghadapi kesusahan dizaman ekonomi merudum ini.

Bagi pekebun sawit, pada masa ini jugalah boleh bermuasabah diri.... 'kalaulah aku cop buah sendiri (tidak upah pendatang), duit bahagian upah tu aku simpan maka boleh juga buat bekal masa susah'.

Masa sawit mahal hari tu semua nak jadi taukeh, lepak kedai kopi.

Semoga mereka dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki kerana hampir 95% pekebun kecil getah dan kelapa sawit adalah Melayu!

Bye/iffliea

KAMATO said...

PB, ada sibuk la....awal tahun gini macam2 benda timbul

Maksu, lumrah alam, ada masa timbul, ada masa tenggelam

Pak Zabs, moga kemarau ini tak berpanjangan

Myskills, memang betul.... kadang2 kita lupa bila kita senang, tengah rezeki melimpah, tak beringat langsung, masing2 belanja sakan

arsaili said...

salam...yea kesiannya pekebun kecil...ini yg nyebab ramai tanak involve dlm agriculture krn pendapatan yg tak menentu...kena ada strategi..jgn hanya bergantung dgn kelapa sawit.

Izariza said...

Padahal minyak sawit tu boleh ganti petrol apa ... ehh camner saya boleh merepek nih? :)

DeeN said...

Pertanian adalah perniagaan mungkin semakin tidak releven utk komoditi sebegini?

zino said...

bila minyak naik sawit naik getah pun naik... bila minyak turun semua ikut turun.. maka pendapatan org kampong pun ikut turun..

arahman said...

tapi satu je tak turun2, harga barang...huhuhuuuu

CikguZue said...

harga minyak sekarang dah makin stabil, harapnya harga sawit pun semakin pulih.
abang saya pun sedang menunggu utk menuai hasil sawit pertama, setelah sekian lama bertungkus lumus mengusahakan tanah terbiar di Sabah.saya harap dia tak putus asa dgn keadaan ekonomi sekarang. Tak sanggup saya bygkan betapa sukarnya dia memulakan hidup di rantau org bersama anak2 kecil yg perlu disuap, dlm pondok kecil di kawasan terpencil di sana.

UMNO PARTI PENJARA said...

Betul kata u,

Harga kelapa sawit turun..
Getah pun lagi teruk..

Susahlah orang kat kampung nak cari pendapatan.































+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hanya orang yang ‘membaca’ mampu mengubah dunia.
( Lord Chesterfield )

Apabila kita melakukan sesuatu perlu ada sebab bagi melakukannya. Tetapi apabila kita menggunakan cara yang salah, kita tetap ‘melanggar dinding’.
( Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah )

http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

kuIna said...

harga brng yg tak turun2...

pencen keja nanti sy nak turun ladang tanam sayur... ngeh3x.

Mek Na said...

hmm macam sukar je hidup petani kita

KAMATO said...

arsaili, harap2 harga akan stabil balik

izariza, cuma petrol yg tak boleh ganti minyak masak he he

Deen, negara kita pengeluar utama, perlu buat sesuatu

arahman, barang tak mungkin turun

cikguzue, harap harga pulih dan mereka2 tu akan bernafas semula

faizal, memng getah lagi teruk, nak dptkan tukang toreh pun dah susah

kuina, ok saya ambik kerja kebun sayur

mekna, masa ni...masa senang hari tu mewah mereka