Thursday, April 19, 2007

Sehari di Parlimen

Dah agak lama jugak aku tak bertugas di parlimen. Hari ni pagi-pagi dapat arahan suruh pergi sebab ada penggulungan bahas. Dewan Rakyat dah masuk hari ketiga bersidang. Sebelah pagi lagi semasa menjawab lisan suasana dewan agak kecoh. Beberapa perkataan yang tak sewajarnya sering kedengaran dikeluarkan oleh ahli dewan, sehingga kadang-kadang seolah-olah speaker tidak dapat mengawal keadaan. Penggulungan bermula jam 11.30 pagi, dimulakan oleh JPM. Datuk Nazri penggulung pertama. Soalan pembangkang mula bertalu-talu sehingga la berhenti makan tengahari.

Waktu rehat tengahari aku berlegar-legar di lobi parlimen bersama Faizal dari JTM. Tetiba nampak Datuk Dr Latif, Tim Menteri Kesihatan melambai tangan. Dia berjalan ke arah aku. Aku segera hulur tangan bertanya khabar. Dia kata “Lama tak jumpa, aku nak peluk kau”. Dia terus peluk aku, dalam hati terharu jugak. Kami sembang lama jugak di lobi itu. Sebelum dia masuk ke dewan dia sempat berpesan “Kalau meeting kat blok E jangan lupa call”. Itu la keistimewaan Dr Latif, dia cukup ingat dengan bekas pegawai-pegawai dia. Semasa aku di jabatan lama, hubungan kami dengan pejabat Tim Menteri masa tu agak akrab. Masa tu dia Tim Menteri Sumber Manusia. Yang aku ingat setiap kali dia pegi oversea ada je buah tangan untuk kami. Kadang-kadang naik segan dibuatnya dan kami masih tak tau sebab apa dia baik sangat dengan kami. Tapi itu cerita dulu.

Pukul 2.30 petang dewan kembali bersidang. Datuk Nazri kembali menggulung perbahasan. Situasi semakin panas. Berbagai isu sensitif menjadi topic pembangkang. Lim Kit Siang dan Kapral Sing melancarkan serangan dari berbagai sudut. Tak membenarkan untuk aku menulis isu-isu itu di sini. Sampai hampir ke pukul 4.00 masih tak menampakkan Datuk Nazri akan menutup hujah. Aku kira pembangkang sengaja melambatkan permainan dan memainkan isu bagi tujuan kempen pilihanraya Ijok. Tepat jam 4.00 petang dapat massage Datuk Rahman Bakar tunggu di kafteria. Aku segera ke sana, makanan telah pun di order. Tepat jam jan 4.30 petang semua pegawai dari semua agensi telah berkumpul termasuklah beberapa orang KP, kebetulan pulak post cabinet baru sahaja habis. Riuh-rendah kafteria tu seolah-olah macam kami yang punya. Badrul Hisham (bekas YB Hulu Langat) yang duduk di meja sebelah sesekali menyampuk. Yang aku perasan setiap kali parlimen bersidang, Badrul Hisham ni mesti ada kat parlimen.
Tok Man mintak kami standby je sampai pukul 5.30 petang, “Kalau nasib baik sampai turn kita” katanya. Tapi masa tu masih tak menampakkan menteri di JPM itu akan berhenti malah isu semakin hangat. Tak lama Azli (Pengacara selamat pagi Malaysia) sampai, kecoh dia tetap macam tu jugak. Dari jauh dia dah memekik “Kamato, apa khabar.. lama tak jumpa engkau”. Dia terus duduk sebelah aku. Sebenarnya hanya kawan-kawan tertentu sahaja yang panggil aku Kamato. Aku terpaksa declay dengan Tok Man yang Azli ni kawan lama aku. Tok Man ambik kesempatan itu mintak Azli war-warkan program ocean wave yang akan dilancarkan di Terengganu nanti di RTM. Azli beri jaminan tak masalah. Itu la Azli....semuanya boleh. Dia sempat bisik kat aku, ”Team sekarang tak macam team dulu”. Aku cuma menganguk dan sampai sekarang aku masih tak faham apa yang tersirat di sebalik kata-katanya. Tepat jam 5.30 petang dewan ditangguhkan dan akan disambung semula esok. Seperti yang dijangkakan masih belum sampai turn KSM . Habis begitu saja sehari masa aku di Parlimen.

11 comments:

INDERA KENCANA said...

Begitulah tugas menuntut kesabaran yang tinggi. Ibarat sebuah pemburuan di belantara tebal. Ada masa-masanya tetap kita pulang dengan tangan yang kosong...

Izariza said...

Analogi yang indah dari Indera :)

Errkk.. En. Kamato bertugas di Putrajayakah? Mati-mati saya ingat di Terengganu, gara-gara entri di Pantai Kemasik dan Masjid di Trg haha

Dulukala, suami saya juga ditugaskan ke sidang parlimen dan pernah juga mengikut dia ke sana. Seronok melihat depa bergaduh macam budak-budak tadika, heh!

blackpurple @ jowopinter said...

Melihat 'perdebatan' di Parlimen boleh mencabar minda juga tapi kadang-kadang memperbodohkan minda pun ya... :)

silversarina said...

Bestnya dapat lihat debat di parlimen secara live.....

Ehh kawan orang besar, takut tersilap cakap , maaf ye Encik Kamato.

Sastri said...

seharian kat situ, menonton perdebatan yg kadang-kadang umpama budak2 bersekolah bergaduh mmg 'can be amusing'... :p

pB said...

kenapa perlu bertikam lidah...

kenapa tidak bertolak ansur...

kdg kdg apa yang dilihat adalah seperti sekumpulan kanak kanak bergaduh kerana berebutkan sebiji gula gula yang berharga sepuluh sen...

zino said...

saya juga pernah satu masa dulu bertugas di parlimen.. berdegah2 berdebat bagai nak rak..

lepas tu jumpa mereka di surau.. berjemaah bersama.. macam tak ada apa berlaku..

itulah drama di parlimen..

cikdinz said...

kau kem salam lah kat si azli...

Kaklong Syikin said...

salam,

Bro. Kamato, betul ke yang saya biasa dengar, ahli parlimen kerajaan n pembangkang ni time bersidang aje depa gaduh mulut bagai nak rak, keluar dewan..macam biasa aje, bertegur sapa dan bersalaman ?

ontahsapo said...

best tak tgk org tua2 bergaduh mcm budak2...?

KAMATO said...

indera, begitulah lumrah alam, semuanya ditentukan oleh Nya

izariza, saya kerja putrajaya, terengganu tu rumah mertua

BP, kadang2 dia orang macam budak kecik

loveujordan, kadang2 seronok kawan orang besar ni, kadang2 menyusahkan, tak mau en2la...

sastri, tu la perangai mereka2 itu, kadang2 kalah budak sekolah

pb, nama pum pembangkang, kerjanya memang bangkang kerajaan, tapi kalau tak ada pembangkang pun susah juga

zino, memang pun, mereka ni boleh duduk semeja masa makan

cikdinz, insyallah...

kaklong, memang betul...

OS, kadang2 seronok, kadang2 meluat