Sunday, April 15, 2007

IJOK

Tetiba sahaja IJOK, kampong aku menjadi begitu famous pada masa ini. Peruntukan awal sebanyak RM16 juta telah diluluskan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok. Kadang-kadang bagus pilihanraya ni, sekurang-kurangnya orang kampong boleh jugak jumpa Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo. Peratusan pengundi di DUN Ijok ini adalah 51.04 peratus pengundi Melayu, 28.16 peratus India dan 20.59 peratus Cina. Kabarnya ia akan menjanjikan persaingan yang cukup sengit. Aku tak boleh cerita lebih-lebih pasal pilihanraya ni. Apahal pun kita tunggu keputusannya nanti.
Di Kampung Batu 8 Ijok ini la tempat aku dilahirkan. Inilah rumah tempat emak dan bapak tinggal. Emak kata masa aku dilahirkan rumah masa tu cuma enam tiang. Orang kampong angkat ramai-ramai dan pindahkan ke tapak rumah sekarang ini iaitu kira-kira 100 meter. Selepas itu rumah itu telah mengalami beberapa revolusi sehinggalah sekarang ini. Aku kira takkan berlaku sebarang revolusi lagi selepas ini memandangkan banyak ruang dalam rumah itu yang tidak berpengguni. Yang uniknya depan rumah tu ada sepohon pokok laici. Umur pokok tu sebaya dengan anak dara aku. Tapi sampai sekarang masih tak berbuah, dan mungkin takkan berbuah. Nak tebang sayang, di bawah pohon inila tempat cucu-cucu bermain.

12 comments:

esis said...

emmm tempat jatuh lagikan dikenang.. inikan pula tempat dilahirkan.

loveujordan said...

Ijok...I tak pasti kat mana, cuma tau di selangor.

p/raya ada baru nampak 'hidup' sikit tempat yang bertanding.... dah lumrah . Tu yang ada orang kata lagi ramai YB yang menemui ajal , lagi baik sebab ada p/raya, ada pembangunan.... :P

btw, cantik rumah ur parents !!

zino said...

kena balik kampong tu .. meriah apa masa ada pilihan raya ni hehe

pB said...

mungkin pokok laici tu akan berbuah bila Bro K nak dpt cucu...

KAMATO said...

esis, kampung sendiri mana boleh lupa

loveujourdan,tu yang bagusnya kalau banyak wakil rakyat meninggal

zino, balik tetap balik

pb, agak nya kot....

cikdinz said...

aku benci pilihanraya. bila ada, dapat balairaya baru, sekolah baru, pondok bas baru, dapat alat muzik, dapat makan free.

itu politik duit lah nama nye. nak meraih undi, kenalah rasuah rakyat...

penuh emosi....

Izariza said...

Rindukan kampung halaman .. bagaimanalah nak merantau jauh .. tinggal di kota dalam negara sendiri pun rindu itu menggamit-gamit :)

NBK466 said...

Sedihnya...kenapa bila ada KEPENTINGAN baru ada sesuatu dilakukan? Sekian lama pimpianan kawasan itu buat apa???

Sastri said...

masa nak pilihanraya, barulah diwar-warkan peruntukan byk mana ek... :D kalau balik raya mesti meriah rumah tu ek... :D

blackpurple said...

Wah..tak payah la beli laici ek...

Bertuah la rakyat Ijok. Mesti banyak peruntukan seminggu dua ni kan.. .. :)

KAMATO said...

cikdinz, nama pun politik... nak menang kena pasang strategik

iza, tempat jatuh lagi dikenang...

nbk, adatnya gitu... tapi apa hal pun orang kampung perlu ambil kesempatan ni....

sas, dijangka peruntukan akan bertambah-tambah lagi

BP, seronok jugak dengar cerita orang kampung

cikdinz said...

kalau aku kempen kat sana tuk Parti Keadilan, leh carik makan tak....
mungkin aku ke sana...