Tuesday, April 10, 2007

Fuji San

Gunung Fuji adalah gunung tertinggi di Japan. Ia terletak di antara daerah Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji merupakan simbol yang terkenal di negara matahari terbit ini dan sering digambarkan dalam karya seni dan foto. Terdapat lima danau di sekeliling Fuji, iaitu Danau Kawaguchi, Yamanaka, Sai, Motosu dan Shoji. Ianya merupakan gunung berapi yang kini masih aktif, kali terakhir meluahkan lava adalah pada tahun 1707. Ianya jelas kelihatan dari udara sebaik sahaja 20 minit berlepas dari Airport Narita.

Pemandangan Gunung Fuji dari udara yang sempat dirakam semasa penerbangan balik, sungguh mengkagumkan. Terasa kerdilnya diri ini melihat kekuasaan Tuhan yang menciptanya.

9 comments:

wahdi said...

Cantiknya mount Fuji tu,nak wat painting mout fuji lah later ;)

Izariza said...

Indah. Sungguh.

NBK466 said...

Mmmg cunnnllah...esp puncaknya yg sokmo putih & gebu itew.. he.he.he.he (tidak bermaksud utk double mahupun triple meaning langsung yek..)

blackpurple said...

Wah..dapat menangkap gambar Fuji itu dari udara memang satu kepuasan. Dan gambar itu memang menakjubkan...!

Sastri said...

indahnya pemandangan gunung ni... begitu indah ciptaan Tuhan...

pB said...

masyaallah...

Brp K,
tadi pB gi makan kat Seksyen 7 Shah Alam..
Aderlah hero ni , muka nak iras iras macam muka Bro K...
(tapi tembam sikit)
Bawak keter Toyota gak..

Ader ke sedara mara atau waris area SAL ni..??

loveujordan said...

cantik gunung fuji...sungguh indah!

KAMATO said...

wahdi, bagus tu kalau wahdi boleh painting fuji tu

izariza, memang cantik...

nbk, puncaknya sentiasa putih sepanjang tahun

BP, Yang tak seronoknya gambar tak berapa clear

sas, memang indah ciptaan Tuhan itu

pb, tak ada pun adikberadik pun kat Shah Alam

louvejordan, kecantikan itulah yg menjadi kebanggaan rakyat Japan

Sri Diah said...

Yes...! Saya telah menjejakkan kaki ke Gunung Fuji ini pada Ogos 2006. Lagi 140 km saja nak sampai ke puncaknya. Memang kenangan yang paling indah dalam hidup saya... Thanks to JICA Alumni esp MBA san.