Sunday, February 18, 2007

Penswastaan

Di sini la tempat aku mula bertugas setelah aku menamatkan pengajian dari sebuah universiti tempatan kira-kira 20 tahun yang lepas. Di sinilah (salah satu institut di utara tanah air) aku menghabiskan sebahagian besar zaman bujang ku. Di sini juga lah aku mengenali erti kemahiran sebenar, sehinggalah metal structure, welding dan NDT sebati dalam hidup aku. Setelah hampir 8 tahun aku berada di tempat itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menswastakan institut tersebut. Aku bersama kawan-kawan akur dengan keputusan itu, mungkin juga ianya langkah terbaik kerajaan. Walau bagaimanapun sebelum penswastaan menjadi realiti aku telah dirahkan pindah ke Ibu Kota. Sekali lagi aku akur dengan arahan. Setiap masa aku mengikuti perkembangan rakan-rakan aku dengan syarikat baru yang berpengaruh itu. Sepuluh tahun pertama operasi tidak menampakkan sebarang kepincangan, lebih-lebih lagi kerajaan telah membantu menaja pelajar-pelajar seperti yang termaktup dalam konsesi penswastaan. Tetapi suasana mula berubah selepas 10 tahun, syarikat menghadapi masalah untuk mengurus institut. Pelajar semakin kurang sehinggakan syarikat terpaksa memberhentikan sebahagian pensyarah yang ada.

Hari ini aku ke sini bersama rombongan lain dari egensi pusat dengan tujuan untuk mengambil alih institut ini. Jika tiada aral, pertengahan tahun ini semua urusan pengambil alih akan selesai. Walau bagaimanapun keadaan fizikal institut amat tidak terurus dan memerlukan sejumlah peruntukan yang agak besar untuk memulihkannya.

9 comments:

zino said...

konsep penswastaan banyak yg tak menjadi.. di mana silapnya..??

NBK466 said...

Cayalah Kamato..bakal berjasa ditempat mula2 berkerjaya...moga berjaya!

cikdinz said...

cobe lihat mcm penswastaan LLN ke TNB. pekerja yg sama tetapi mereka boleh berubah dari cara kerajaan ke swasta....

INDERA KENCANA said...

Apabila jadi keadaan seperti ini, kita tidak ubah seperti Alice in the wonderlands. Setiap perkara dan watak itu berkait mengait antara satu sama lain...

ztkay said...

Sebuah organisasi yang maju bergantung kepada pengurusan dan pentadbiran-perumpamaan bapa borek anak rintik..

Kaklong said...

salam.

mesti sedih tgk tempat asal kita bertugas yg penuh kecemerlangan dan pengurusan yg sempurna mnjadi sebegitu rupa.

moga berjaya memulihkan institusi itu semula

blackpurple said...

Saya kabur la. Institusi apa tu ek..?

Led said...

ni separa gov ke, atau swasta keseluruhannya?

KAMATO said...

Zino, sejak kebelakangan ni banyak kolej swasta terlingkup

Nbk, yang menurut perintah

Cikdinz, syarikat tu memang sah untung, tak banyak resiko

Indera, itulah pusingan dunia

Ztkay, setuju…..

Kaklong, memang sedih tenguk keadaan institute tu

BP, salah satu institut di bawah KUB

Led, swasta sepenuhnya....