Wednesday, September 06, 2006

Colloquium

Sekali lagi terpaksa keluar awal pagi, pukul 8.30 pg perlu ada di Kuittho Batu Pahat.
Hari pertama merupakan majlis kolokium di Kuittho. Semua orang yang telah lulus proposal di German tempoh hari perlu membentangkan semula di depan semua supervisor, lecture dan student di sini. Ini pun mungkin pertama kali Kuittho mengadakan program seperti ini. Di Europe perkara ni dah biasa. Wajib bagi semua researcher perlu membentangkan kepada public kajian yang perlu dibuat dalam mana-mana seminar. Walau bagaimanapun program tersebut berjalan dengan lancar. Banyak soalan-soalan yang kadang-kadang mencabar minda.
Hari kedua merupakan taklimat kepada 2 nd group yang akan pergi 9 Sept ni. Ucapan aluan Dekan menyatakan pihak German begitu berpuashati dengan kerja yang dilakukan oleh 1 st group dan antara yang terbaik berbanding dengan negara lain. Walau bagaimanapun ini merupakan titik permulaan, perjalanan masih jauh.
Antara kandungan amanat Tim Reaktor Akademik memaklumkan kejayaan dalam NDTS adalah satu kejayaan misi kerajaan. Meletakkan kepercayaan di kalangan masyarakat terutama industri adalah satu cabaran. Industi merupakan elemen penting dalam latihan. Sistem pendidikan sering dikatakan gagal menghasikan kualiti yng diharapkan. Kejayaan kajian 10 orang yang menjalankan program PHD ini akan menentukan hala tuju sistem latihan di negara pada masa depan dan akan dijadikan sebagai rujukan dalam merealisasikan kualiti k-workers yang sewajarnya. Menjalankan kajian di bawah pengawasan 2 universiti adalah satu cabaran. Persepsi di Malaysia masih ada budaya menidakkan sesuatu yang dibuat tetapi di Europe sebarang komen walaupun kadang-kadang diluar jangka tetapi adalah bertujuan untuk kebaikan kajian kita. Lagi banyak komen sebenarnya akan memantapkan kajian kita. Semua perlu memikirkan untuk mula menyediakan kertas kerja bagi pembentangan mana-mana seminar samada dalam atau luar negara.

8 comments:

Izhal said...

sama macam sini la... tapi dia panggil ken-zemi... bentang findings or proposal dalam tempoh dok buat research... paling seram sesi soal-jawab tapi bagus juga sebab soalan2 tu boleh buat soalan spot untuk viva :)

ya saya agree sangat2... penglibatan idustri kita dengan universiti kurang... macam kat german sure universiti kawan rapat ngan industri ye dak??? kalau kat sini, sensei2 dan student2 sensei tersebut dicari oleh rnd dept industri untuk tolong develope new technologies bagi syarikat mereka supaya berdaya saing...

k-wrokers pulak??? aiyoyoooo...

esis said...

huhu bagus. saya nak buat dalam psikologi kommunikasi pulak. hahaha

NBK466 said...

Nak quote jap ayat last "Lagi banyak komen sebenarnya akan memantapkan kajian kita". Maka komen den nie maybe akan memantapkan jua blog Kamato.. Itu saja komen saya pada kali ini. Sekian, terima kasih..he..he..he.

zino said...

kamato
cuba bentangkan kat sini kita org nak komen pulak.. mana tau komen blogger juga boleh memantapkan lagi kajian.. hehe

blackpurple said...

Memang. Masyarakat kita kalau komen lebih di anggap suatu yg negatif dan menentang arus. Padahal komen atau memberi pandangan walau yang melawan pemikiran yang normal dan biasa adalah kreativiti seseorang......

Di Malaya ini, bila komen lebih-lebih saja akan dianggap pembangkang...

Wallahu a'lam....

(saya mengambil isu 'komen' secara am...)

KAMATO said...

izhal, itu sebab mung punca ramai graduan kita takda kerja, tu yg perlunya penglibatan industri dlm training, barulah tak timbul mismatch

esis, bagus tu kalau boleh buat

nbk, ku hargai komen mu

zino, bagus gak idea tu, nanti la tenguk

BP, komen untuk membina adalah terbaik, tapi komen nak bagi merosak itu yang susahnya

Syikin said...

kalau ramai org komen, tandanya mrk ambil pot akan kajian kita..cumanya kena komen membinalah, jgn melemahkan..

mfaizalzul said...

slamat bposa!!