Thursday, July 20, 2006

Potong Q

Pada suatu petang anda memandu kereta pulang dari kerja. Anda melalui sebatang jalan yang agak sibuk. Sudah menjadi lumrah petang-petang begini jalan di situ trafik jem. Anda memandu begitu berhati-hati. Sebagai langkah berjaga-jaga anda menjarakkan kenderaan anda dengan kereta hadapan dengan jarak yang selamat. Seperti biasa sambil memandu anda akan memikirkan hal-hal pejabat dan tindakan-tindakan yang perlu di buat keesokan hari. Sesekali anda dihiburkan oleh celoteh Linda Onn di radio era. Topik petang itu ialah isu CT dan Datuk K. Rata-rata yang menelepon tidak puas hati dengan pengumuman pertunangan itu. Pelik betul dunia ni. Tiba-tiba sebuah kereta memotong Q melalui laluan kecemasan dan masuk kebarisan di depan kereta anda secara mengejut. Anda tersentak dan terkejut sehingga terpaksa menekan brek kecemasan. Oleh kerana terlalu terkejut dan marah anda menyalakan lampu tinggi beberapa kali. Tindakan anda telah menarik perhatian pemandu kereta tersebut. Tanpa anda jangka pemandu itu memberhentikan kereta, keluar dari kereta dan berjalan ke arah kereta anda dengan muka bengis. Masa itu trafik jem di belakang kereta anda semakin panjang. Anda dengan gentleman menurunkan cermin kereta dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemandu kereta itu mengeluarkan perkataan “Kau nak apa?”. Anda masih berjaya mengawal perasaan terus menjawab “Perbuatan engkau ni menyakitkan menyakitkan hati semua orang kat belakang ni" Sementara itu bunyi hon dah kedengaran di belakang. Lantas pemandu itu menjawab, "Habis apa yang kau nak buat?" Mungkin memang dia nak cari gaduh. Anda segera menjawab "Aku tak mau buat apa, tapi Tuhan akan balas perbuatan engkau". Dengan muka yang menyinga pemandu itu terus masuk kereta dia dan terus memandu laju, kebetulan depan kereta dia jalan kosong. Tiba-tiba lori depan kereta tu brake kecemasan, kereta tu pun turut sama brake tapi "GEDEMUM", tak sempat berhenti. Pemandu kereta tu keluar dan tepuk dahi. Kejadian tersebut betul-betul berlaku depan mata anda.
Kalau kejadian ini betu-betul berlaku ke atas anda, apa tindakan anda seterusnya?

9 comments:

Izhal said...

entah... offer nak tolong dia la kot...

FaEzHussain said...

mm...kalau dia dan pemandu lori orite, blah je la kut. tapi kalau cedera, kena la jalankan tugas rasmi kat tepi jalan

zino said...

kalau tak ada yg cedera atau meninggal teruskan perjalanan, pandai lah dia nak report ke , nak settle dengan pemandu lori tu ke..nak bergaduh ke..

tak perlu menambah kesesakan yg berlaku..

ontahsapo said...

dah nampak dia tepuk dahi, lalu slow2 tepi dia, turunkan cermin kereta, tepuk tangan.....

Kaklong Syikin said...

hmm paling cepat terdetik kat hati, itulah balasan org angkuh.

cepat2 tlg call polislah sbb jalan makin jamm.

zino said...

satu yg zino peratikan..
bila saja kemalangan berlaku tak sampai lima minit lepas tu tow truck akan sampai..

dan beberapa mamat dengan walkie talkie pun sampai.. mana datangnya? macam mana dia tau?

Lan Rambai said...

Apa kata kalau kita langgar jer dia yang berdiri sambil tepuk dahi itu? hahaha

Rie said...

smlm belaku kat kereta sebelah aku. kancil gedebum waja. huh waja pun tak waja.

kesian

Ajzie said...

cakap ngan dia..sekrang Allah bayar cash. pastu offer ler dia.."boleh saya tolong apa2?.