Sunday, July 16, 2006

Tribe Toyota Annual Dinner

Majlis telah diadakan pada malam minggu di Kelana Seafood Centre Kelana Jaya. Majlis begitu berjaya dengan mengumpulkan 150 ahli keluarga Tribe Toyota. Tahniah kepada Bro Zino dan barisan AJKnya yang berkerja keras untuk menjayakan majlis ini. Berbagai program telah diatur dan semua ahli berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah. Grand prize malam tu merupakan TV 21’. Tema majlis tersebut adalah colorful night, dan tak semena-mena aku pulak dapat anugerah best dressed. Sebenarnya program makan malam ni telah lama dirancang, sejak kami masih dalam kelab Funser lagi. Malah sebahagian besar yang hadir pada malam tu jugak adalah bekas ahli Funser. Hubungan kami agak rapat sejak Funser ditubuhkan sehinggalah ianya dibubarkan dan di tukar kepada Tribe Toyota. Kami sering mengadakan perjumpaan keluarga bulanan yang dikenali sebagai TT dan setiap bulan seorang ahli dipilih menjadi host. Kadang-kadang kami akan berkonvoi ke tempat-tempat yang memang dirancang lebih awal. Ruangan forum yang disediakan oleh Toyota juga menjadikan tempat kami berbincang dan menjadikan kami sentiasa rapat di kalangan ahli tanpa mengira bangsa. Mungkin satu masa nanti kelab ini boleh dijadikan salah satu contoh satu masyarakat majmuk di negara kita.
Photobucket - Video and Image Hosting

8 comments:

PB said...

Salam Bro Kamato.

It was nice to see you again masa dinner tu.

Tak sangka jumpa. Ingatkan tak pulang lagi.

Suka sgt tengok Bro dengan akak memang sedodon... lawa baju tu.

Izhal said...

ramainya... kalau yang menang pakai toyota MR2 sure sakit sikit nak bawak balik... kenalah suruh kawan toyota unser tolong heheh...

ontahsapo said...

apa la agaknya baju kau pakai ek?

zino said...

kamato

terima kasih atas ucapan kepada AJK TTAD .. menjadikan kami lebih bersemangat utk projek akan datang..

bila kamato masuk dewan je kami spontan bersetuju.. jejaka yg di cari sudah sampai hehe tahniah..

esis said...

wow meriah.. nak join gak.

NBK466 said...

Tak sangka Kamato satu GENG ngan Zino.... Lambat lak den punya ALTIS nak siap pasang...sbb pasang sendiri...he..he..he..

zino said...

nbk
zino dengan kamato dah kenal lebih dua tahun.. selalu jumpa dalam TT pernah konvoi bersama ke p.pinang. seminggu sebelum tsunami dulu..

KAMATO said...

PB, sorry tak sempat sembang lama ... insyaallah jumpa lagi next TT

izhal, apa pun boleh muat dlm unser he he, tak caya tanya zino..

OS, baju tu... tak tergamak nak pakai lagi he he

zino, ajk tu sebualat suara boleh di kekelkan terutama pengerusinya, terbukti berkesan

esis, nak join tak jadi hal.... asal cukup syarat

nbk, memang dah lama kawan ngan bro zino ni .....