Tuesday, July 11, 2006

Mekah & Madinah

Tiga hari di Madinah dan lapan hari di Mekah menziarah semua tempat-tempat bersejarah Rasullullah adalah satu pengalaman yang cukup bermakna. Pengalaman yang sukar digambarkan. Tak puas untuk jangka masa tersebut. Kebetulan masa ini adalah cuti sekolah di Arab Saudi, oleh itu ramai mereka mengambil peluang untuk berumrah. Berpeluang berada di Raudah Masjid Nabawi, Cucur emas Kaabah dan Mustazam Masjidilharam adalah satu anugerah yang cukup bernilai. Sesiapa pun akan tersentuh perasaan bila duduk berhadapan Kaabah. Moga dapat ke sini lagi nanti.
Photobucket - Video and Image Hosting
Masjid Kiblatain
Photobucket - Video and Image Hosting
Makam Suhada Perang Uhud
Photobucket - Video and Image Hosting
Masjid Nabawi
Photobucket - Video and Image Hosting
Mina
Photobucket - Video and Image Hosting
Gua Thur

12 comments:

Lan Rambai said...

Dah sampai Mesia ah ni ek? Bila sampai? Aku ni tatau lah bila dapat merasa ke sana...

Izhal said...

Tahniah Tuan Haji :) teringin betul nak pi sana... kena masuk dalam agenda benda2 perlu buat secepat mungkin ni... Insya-Allah, satu hari saya pun dapat pi sana...

ni blank ni, En. Kamato kat mana la ni??? dah balik german ke dah balik malaysia???saya 1st thesis defence harini pukul 1pm sampai 3pm...

KAMATO said...

lan, dah masuk keja balik pun

izhal, saya dah kat Malaysia, apahal pun good luck semoga semuanya berjalan lancar

ontahsapo said...

lama tak dgr berita, ke mekah rupanya, apa khabar disana, aku lama dah berangan nak ke sana...insyaallah...

blackpurple said...

Niat dah ada nak ke sana....rezeki belum ada...InsyaAllah.....

Ajzie said...

Teringin benar Ajzie kesana..Insyallah. Doakan lah agar dipermudahkan. Amin.

Nak tanya nih..Dari German ker Mekah ke? Atau dari German balik Msia than ke Mekah? Bersama keluarga? ooo mcm polizei ler plak kan? Maaf yea. Coz kalau dari German Ajzie nak tanya cara2 nya

Syikin said...

ALlahuakbar..terima kasih share gambar2 ni. teringat semula memori lama masa kat sana. ikutkan hati mmg rasa nak duduk sanalah. rindu sangat2...percaya tka, bila dah ke sana, kalau boleh saban tahun nak pergi lagikan?

oh ya..selamat pulang ke pangkuan isteri tercinta n anak2 tersayang:)

KAMATO said...

Os, insyallah sampai nanti

bp, yg penting niat dah ada

ajzie, saya pergi dari german, ada satu syarikat di hamburg yg uruskan, kalau berminat nanti saya bagi no tel

syikin, memang seronok kat sana, kalau ada rezeki memang nak pegi lagi, insyaallah

Zaid Akhtar said...

bestnya!
;-)

FaEzHussain said...

bestnya....bilakah kaki ini dapat jejak bumi Allah itu?

tuan kamato ni dah balik for good ke balik bercuti je kat malaysia?

esis said...

insyaalah aku juga mahu ke sana. patutlah saudara tidak updet blog ni. tertanya2 juga.

KAMATO said...

zaid, terima kasih singgah

Dr faiz, balik masia...masuk kerja balik sambil buat research, tahun depan dtg balik german

esis, insyaallah sampai satu hari nanti... seronok sangat kat sana tu, tak mau nak berbulan madu ke kat sana?