Saturday, July 15, 2006

Kawan Lama

Pukul 9.30 pagi aku terima call di opis. Masa tu aku tengah berbincang dengan dua orang PPL mengenai prosudur penilaian peperiksaan.
Suara: Kamato! Engkau dah balik ye, aku nak jumpa engkau, banyak kali dah aku cari engkau. (gaya sembang macam dia kenal sangat kat aku)
Aku: Sapa ni?
Suara: Aku la X (aku masih tak boleh agak mamat mana ni)
Aku: ok datang la, bila kau nak datang?
Suara: Kejap lagi pukul 10 boleh tak?
Aku: Boleh tak datang 10.30, aku ada hal la. (aku masih tak tak boleh agak sapa mamat ni)
Suara: Ok, nanti aku datang, tapi engkau kenal ke aku sapa?
Aku: Sebenarnya ini X yang mana? (aku cuba pancing, masih tak boleh agak sebab ramai member nama sama dengan X)
Suara: X bin Y
Aku: Aku kenal engkau, datang la (aku terus tangkap mungkin ini kawan aku sekolah 26 tahun yang lepas, nama ni cukup famous satu masa dulu – tapi betul ke)
Suara: Macamana kau kenal aku?
Aku: Kau datang aje, nanti kita sembang, aku ada visitor ni.
Suara: Ok kejap lagi aku sampai.

Sehingga pukul 10.30 aku masih tertanya-tanya, betul ke ini kawan yang aku maksudkan. Kawan sebilik masa sekolah dulu tahun 1980. Masa tu dia orang kuat pertubuhan Islam. Setiap masa selepas kelas sentiasa berjubah dan berserban. Dia ni yang selalu ajak aku pergi surau dan dia jugak yang selalu marah aku bila aku tenguk wayang sebab masa tu kelab wayang tiap minggu buat show. Tapi aku tak peduli. Selepas sekolah tu kami terus tak jumpa, masing-masing dengan haluan sendiri. Cuma beberapa tahun selepas tu aku tenguk dia dah jadi orang kuat Arqam. Dia dah jadi Ketua Editor majalah Al-Arqam. Nama dia agak famous. Aku nak contack dia pun masa tu agak segan. Kadang-kadang aku beli jugak majalah tu sebab nak baca tulisan dia.

Tepat pukul 10.30 dia call balik, aku terus keluar dengan berbagai persoalan, sapa sebenarnya si X ni? Betulke member lama aku. Bila je nampak muka dia aku masih tak boleh pastikan betul ke dia ni kawan yang aku maksudkan. Ya la, dah 26 tahun mestilah berubah. Dulu pakaian dia cukup warak. Kopiah tak pernah lekang. Sekarang ni pakai jean, rambut cacak. Aku terus ajak masuk bilik dan berlakun seolah aku kenal pasti dia. Mulala sembang satu persatu..... sah dia ni la kawan yang aku maksudkan. Dia ni agak baik dengan su Tim Menteri, tu yang dia boleh cari aku kat sini. Sekarang ni dia dah jadi kontraktor, agak berjaya jugak. Nasib dia agak baik sebab keluar dari Arqam setahun sebelum pertubuhan itu dibubarkan. Bila tanya soal isteri.... memang seperti yang aku duga. Dia menang, isteri dia lebih dari sorang...... Walau macamanapun aku macam tak percaya boleh jumpa kawan yang dah 26 tahun tak jumpa, kalau jumpa kat luar memang aku takkan tegur punya.

3 comments:

esis said...

kawan memang untuk selama-lamanya. kawan membawa kebaikan.

zino said...

tentu banyak yg di sembangkan...

kamato..
tahniah menjadi jejaka paling tampan semalam hehe

KAMATO said...

esis, setuju... tanpa kawan siapa la kita...

zino, rasanya dia orang silap pilih... patutnya bro zino yang dapat... hehe