Monday, April 03, 2006

Warga Turki di German

Hari ni sebelah pagi berkesempatan melawat Islamic center di Bremen. Agak besar juga tempat dia, tapi bila masuk dalam tak ada sorang pun di situ. Selepas tu naik trem ke Weserwehr untuk tenguk floor market kat situ. Lebih kurang jugak car boot sale kat UK. Selepas tu kami ambik keputusan untuk terus ke masjid di Gropelingen iaitu lebih kurang 20 minit dengan trem. Sempat berjemaah zohor di situ. Disebabkan hari ini hari minggu, maka ramailah jemaah di masjid ni. Memang ramai orang Turki di kawasan ni. Masjid itu pun tak kurang besarnya. Selepas sembahyang kami sempat minum teh dengan beberapa orang warga Turki di situ. Kami cuba bertanya untuk mengetahui dimana kedai menjual makanan halal. Mereka cuba membantu, dan memang mereka ni peramah. Tapi yang susahnya mereka ni tak boleh berbahasa Inggeris. Maka terjadilah dialog macam ayam dengan itik. Setelah di kalangan mereka cuba untuk mendapatkan sapa boleh berbahasa Inggeris, akhirnya adalah sorang budak bernama Abdullah yang boleh cakap sikit-sikit. Di bawanya kami ke satu tempat kawasan komuniti Turki, memang banyak kedai-kedai halal di situ. Tapi hari kebanyakkannya tutup.
Image hosting by Photobucket
Menunggu trem di Domsheide
Image hosting by Photobucket
Minum teh dengar warga Turki
Image hosting by Photobucket
Masjid di Gropelingen

4 comments:

aishah said...

alhamdulillah selamat sampai! en kamato, nanti kalau jumpa dgn org turki lagi tanyerlah bagaimana keadaan islam di sana sekarang

KAMATO said...

aishah, tenguk caranya agak kuat jugak masyarakat islam kat sini, kebanyakanya dari Turki.. Hj Mad Sulaiman tanya camna user untuk mohr webmail dia

babydiana
Inilah masalahnya kat sini, tau bahasa german pun sikit sangat

blackpurple @ jowopinter said...

Turki... teringat cerita pasal Kamal Artatuk...

zino said...

tak kisah le bahasa apa kamato.. janji dapat apa yg di cari.. agaknya guna bahasa melayu dia org paham kot hehe