Monday, April 17, 2006

Tour Europe

Bertolak dari Bremen jam 9 pagi dan sampai di Koln pukul 12.30 untuk perjalanan sejauh 350 km. Parjalanan menggunakan motorway. Agak mudah bawak kereta kat sini kerana kereta telah dilengkapkan dengan navigator system. Kemana pergi pun dia akan tunjuk arah. Cuma yang mencabar terpaksa terpaksa memandu left hand drive. Klon adalah sebuah bandar pelancungan. Di sini terkenal dengan kathedral tertua dan terbesar di German. Di sini juga terdapat sungai yang terkenal dipanggil River Rhein. Banyak cerita-cerita dongeng mengenai sungai ini. Sehingga kini sungai ini pun masih menjadi sistem pengangkutan bagi industri arang batu.
Dari Koln kami terus ke Aachen iaitu sejauh 60 km perjalanan. Kami terus menuju ke rumah student Malaysia. Abai, Hajar dan Shima telah pun menunggu. Kami bermalam di rumah salah seorang dari mereka. Petang kami sempat ke sempadan 3 negara iaitu Belanda, Belgium dan German. Di sini terdapat 1 batu yang memisahkan 3 negara tersebut. Kalau kita mengelilingi batu tersebut, kita akan juga berada di 3 negara. Bersambung................
Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket
Batu sempadan 3 negara
Hari kedua
Sebelah pagi hari kedua kami berjalan-jalan di bandar Aachen. Terdapat banyak bangunan-bangunan lama yang berumur lebih dari 300 tahun di sini. Semua bangunan-bangunan tersebut masih beroperasi sebagai bangunan komersial. Perjalanan dari Achen ke Paris sejauh 360 km. Pukul 5 petang check in di Hotel Fomuler 1, satu hotel yang berhampiran dengan airport. Kemudahan hotel ini dikawal sepenuhnya menggunakan automatic system. Bilik air terlalu compac, dan menggunakan sensor sepenuhnya daripada lampu, toilet flus, air dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun mungkin ini adalah hotel termurah disini. Selepas rehat sekejap kami terus ke Bandaraya Paris. Paris merupakan antara salah satu dari 3 bandaraya tersibuk dunia selain dari London dan New York. Memandu di bandar Paris memang mencabar. Boleh dikatakan pemandu di sini 'samseng'. Memang pemandu di sini kurang sopan. Hon bunyi di sana sini. Amat berbeza sekali jika dibandingkan pemandu di UK. Malam minggu penuh sesak bandar ini. Sekali lagi kami menghadapi sedikit masalah, memandu di bandar besar seperti ini. Peta kami tak bawak, navigator dalam kenderaan hanya boleh digunakan dalam kawasa German sahaja. Kami cuba tanya beberapa orang untuk ke Eiffel Tour, tapi semuanya tak boleh berbahasa Inggeris. Akhirnya kami ambik keputusan untuk pusing di bandar tersebut dan kami berjaya melawat sebahagian besar bangunan bersejarah di bandar tersebut antaranya seperti Eiffel Tour, Palas De Chailot, Arc De Triomphe Etoile, Boulevard, Ecole Militaire dan banyak lagi. Pemandangan diwaktu malam bangunan-bangunan tersebut memang mengasyikkan. Pukul 1.00 pagi baru kami balik ke hotel.
Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket
Everning in Paris
Hari ketiga
Pagi selepas check-out dari hotel kami meneruskan perjalanan ke Brussel, Belgium. Perjalanan sekotar 280 km. City center di sini dipanggil centre centrum. Bandar Brussel merupakan bandar terbesar di Belgium. Walau bagaimanapun keadaan bandar ini tidak berapa terurus berbanding dengan bandar-bandar lain di Erope. Kami hanya berada dibandar ini kira-kira 2 jam. Dari Brussel kami meneruskan perjalanan ke Amsterdam Holand. Dalam perjalanan kami melalui bandar Antwersen iaitu bandar kedua terbesar di Belgium. Jarak Brussel ke Amsterdam adalah sekitar 200 km dan kami sampai dibandar ini sekitar 2.30 petang. Bandar Amsterdam terletak ditepi laut. Merupakan bandar pelancungan yang dipenuhi dengan air. Amat menarik sekali pemandangannya. Memang banyak tempat menarik yang boleh dilawat di sini. Walau bagaimanapun memandangkan masa yang begitu terhad kami hanya sempat berada di bandar ini kira-kira 2 jam sahaja. Kami meneruskan perjalanan semula ke Groningen Holand untuk perjalanan kira-kira 180 km. Di sepanjang perjalanan penuh dengan ladang-ladang, seolah-olah tak ada tanah yang terbiar. Memang negara Belanda ni terkenal dengan industri pertanian. Memandangkan hari telah pun gelap kami ambik keputusan untuk tidak berhenti di bandar Groningen dan meneruskan perjalanan balik ke Bremen German untuk perjalanan sejauh 180 km. Lewat malam baru kami sampai di Bremen. Keseluruhan perjalanan menghampiri 2000 km.

Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket
Di Bandar Armsterdam, Belanda

9 comments:

blackpurple said...

Kebetulan orang pertama menatap ole-ole sdra kamato... :)

Bertuah saudara dapat menjejaki bumi dan udara di tempat orang... indahnya ciptaan Tuhan....

KAMATO said...

BP, Sebaik mana bumi orang, negara kita tetap pilihan

Syikin said...

bestnya tgk negara2 orang ni...secara tak langsung kita taulah betapa Allah tu Maha Kaya dengan segala penciptaanNYa..kat setiap negara tu D keunikannya yg tersendirikan.

gambar2 ni mmg menarik.
apapun, saya rasa keluarga kamatolah paling happy sbb depa tau suami n ayah sihat sentiasa siap blh jalan2 lagi :)

KAMATO said...

Keluarga tu tak masalah, di tempat kediaman ni ada broadband, setiap masa boleh conference guna webcam

babydiana said...

seronok dapat jelajah ke negara orang...bila la saya dapat peluang itu..

zino said...

amboi cantik nya.. hehe

KAMATO said...

babydiana, zino, cantik lagi negara kita

Suhaini02 said...

A'kum...su baru tengok homepage ni, Cantik ler tempatnye.. homepage pun nice. rasa macm nak tiru je, boleh ler ajar Su ye.he he.

KAMATO said...

su, nak update tu kadang2 tak sempat, kalau dah penat ngadap buku baru boleh update...