Friday, April 28, 2006

Kena halau

Satu petang baru-baru ni kami pergila pasaraya Aldi untuk cari bahan dapur. Pasaraya ni adalah antara pasaraya yang agak terkenal di German. Biasanya pasaraya ni tutup pukul 8 malam, tapi hari tu hari cuti tutup pukul 6 ptg. Kami macam biasa ronda dalam tu, belek satu-satu. Ia la nak beli makanan pun kena tenguk ingredient dulu. Masing-masing dalam kepala ingat tutup pukul 8. Kami dengar jugak pengumuman beberapa kali, tapi dah semua orang tak paham sepatah habuk, kami buat dek je. Rupa-rupanya pengumuman tu untuk maklumkan pasaraya nak tutupla agaknya. Tetiba je sorang makcik datang dekat kami dengan muka semacam dan dia kata TIME OUT. Baru kami sedar masa tu dah takda orang langsung, tinggal kami je. Apa lagi cepat-cepat ke kaunter untuk bayar. Bila keluar baru sedar memang hari tu tutup pukul 6. Moral of the story, bila pergi negeri orang, kena tahu bahasa dia kalau tak susah kita............. orang German ni pulak tak ramai yang boleh cakap Inglish

11 comments:

Syikin said...

betui tu kena belajar bahasa negara yg kita pergi tu. tak banyak sikit pun jdilahkan.

insyaAllah, kesilapan yg sama takkan berulang.

KAMATO said...

syikin, kira 1, 2, 3 boleh la....

ais_putih said...

hehe..makcik tuh bagi isyarat Time out jer yer..hehe..kalau die nak bebel tak paham pulak karang..hikss..

sokong..kita kene tahu bahse negara yg kite pegi..hehe

KAMATO said...

ais-putih, nak buat camna, tak sempat belajar.....

zino said...

kamato
bantai je cakap jawa mesti dia org paham.. hehe

esis said...

pura pura buat cam OKU pekak. mesti makcik tu kesian. hehe

KAMATO said...

zino, cuba jugak.... tapi dia orang tetap tak paham, mungkin dia orang paham jawa halus kot...hehe

esis, betul jugak, kemudian pura2 cakap guna bahasa isyarat... untung2 tak kene bayar....hehe

babydiana said...

bagus jugak kalau tahu bahasa lain kan...

blackpurple said...

zino & kamato, bahasa jerman dan jawa beza jauh macam langit dan bumi...hehehe

kelebihan bagi yang multiligual...

KAMATO said...

babydiana, memang tak rugi tahu bahsa lain....

blackpurple, di banding ke jowo ambik german memang la orak podo, jowo macem2 slang, german siji wae... betul ke aku cakap ni... sory ni dah jadi bahasa rojak....he....he....

Izhal said...

hahahaha good one here... kami kat hamamatsu pon sama tak tau bahasa jepun, tapi orang2 jepun ni En.Kamato pun tau, sopan santun, takde nak tunjuk muka masam... time di US dulu takde masalah bahasa, tapi masalah pak itam muka masam tak menentu biasalah...sama macam kat malaysialah US tu...