Sunday, April 09, 2006

Lawatan ke Humburg

Ini merupakan kali kedua aku datang ke Humburg, kali pertama tahun lepas. Itu pun cuma sempat singgah 2 jam sahaja. Perjalanan dengan keretapi dari Bremen ke Humburg memakan masa satu setengah jam iaitu untuk jarak sejauh 120 km. Disepanjang perjalanan keretapi melalui kawasan perkampungan. Oleh kerana kami menaiki keretapi 2 tingkat maka lebih pemandangan di sekitar perjalanan. Sampai di Humburg kami terus mengunjungi Bapak Moksin, iaitu seorang warga Indonesia yang telah menetap 39 tahun di Germany. Masih fasih berbahasa melayu Indonesia. Beliau mempunyi sebuah kedai yang dinamakan Toko Indonesia yang menjual berbagai produk dari Indonesia dan Malaysia. Sebenarnya alamat beliau kami dapat dari seorang rakyat Indonesia yang juga telah menetap 8 tahun di Bremen. Kedai Pak Moksin ini terletak lebih kerang 10 minit berjalan kaki dari setesen keretapi. Ia terletak di sebuah kawasan deretan kedai Arab. Bila melalui kawasan ini tak ubah seperti kita berada di Arab Street London. Yang nyata memang tak susah untuk mendapatkan kedai halal di kawasan ini.

Selepas itu kami mengunjungi office Bro Mohamad, iaitu seorang rakyat palestin yang menjalankan perniagaan agen umrah dan haji. Kami disambut dengan baik, malah diberi kemudahan untuk menghubungi pejabat Mas di Malaysia dengan percuma. Melalui beliau kami dapat tahu di bandar Humburg ini sahaja terdapat sekitar 70 buah masjid. Kami sempat solat Zohor di salah satu masjid dan terdapat sekitar 200 orang berjemaah masa tu. Di negara kita pun susah untuk jumpa masjid berjemaah zohor seramai itu. Satu perkembangan yang amat baik di negara bukan islam.

Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket

6 comments:

Marsha Loftis said...

what a beautiful looking family you have.

zino said...

kamato
masjid di malaysia seminggu sekali je penuh .. waktu lain ada lah sebaris dua..

KAMATO said...

madie, thanks for visit

zino, tu la yang tak sangka kat sini.....

Kaklong Syikin said...

betullah kata org, bila kita dah kat luar negara ni, kita lebih menghargai Islam. Saya rasa, bagi pendatang Muslim yg tinggal di luar negara bkn Islam, masjid adalah tempatnya utk bertemu teman seagama dan menambah kekuatan rohani masing2 dengan ukhuwwah fillah.

KAMATO said...

Syikin, betul tu bila berada di tempat orang kita akan menghargai apa yang selama ini kita ada. Hubungan antara pendatang muslim dari berbagai negara di negara bukan muslim memang begitu akrab di semua tempat di seluruh pelusuk dunia.

aishah said...

:) ...hmmm kita bersatu atas dasar akidah itulah cantiknya islam