Saturday, March 04, 2006

Pembangunan dan Alam Sekitar

Negara dikejutkan dengan peristiwa banjir mengejut di Shah Alam. Hujan yang turun selama 4 jam telah menyebabkan kerugian berjuta ringgit. Di mana punca masalah perkara ini, apakah pembangunan yang kita rancang mengenepikan pemeliharaan alam sekitar?

Penggunaan sumber secara giat pada masa kini akan menyebabkan sumber berkenaan mengalami susutan / kehabisan pada masa depan. Maka, pembangunan masa hadapan akan tersekat akibat perancangan pembangunan yang tidak teliti pada masa ini. Negara Dunia Pertama telah menghadapi masalah alam sekitar terlebih dahulu dan telah berjaya menyekat dan memulih masalah yang timbul. Negara Dunia Ke-3 atau negara membangun yang menghadapi masalah ini masih berusaha mengatasi dengan pelbagai cara.

Manusia memerlukan sumber alam untuk pembangunan. Peningkatan penggunaan sumber dan pengeluaran kerap memberi implikasi kepada alam. Masalah yang nyata adalah kepada kemerosotan, kehabisan dan kemusnahan sumber alam. Kestabilan alam akan tergugat melalui aktiviti pembangunan tidak terancang.

Bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam pembangunan yang menekankan kos ekonomi dan kos sosial perlu mengambilkira agar pencemaran / kemusnahan yang minimum kepada sumber-sumber alam dan alam sekitar. Angkubah alam sekitar perlu diambil kira dalam perancangan pembangunan.

Banyak meeting di peringkat antarabangsa berkenaan pemeliharaan alam sekitar telah dibuat, antaranya seperti 1972 Stockholm United Nations Conference on the Human Environment 1972 Stockholm United Nations Conference on the Human Environment dan1987 World Commission on Environment and Development (WCED), Brundtland report: Our Common Future. Daripada Deklarasi tersebut 27 Prinsip telah di rangka bagi tujuan pemeliharaan alam sekitar. Persetujuan antarabangsa telah diputuskan yang menghormati kepentingan integriti alam sekitar dan sistem pembangunan secara global. Penekanan adalah diberikan kepada individu dalam masyarakat.

Pembangunan lestari amat penting dan perlu dinilai bagi keperluan jangka masa yang panjang. Penilaian pembangunan lestari juga perlu menitikberatkan kos sosial di samping kos ekonomi.

1 comment:

zino said...

bila berlaku pembangunan di satu satu kawasan.. kajian dan penilaian di jalankan terhadap impak kepada kawasan sekitar perlu di jalankan. sejauh mana perincian penilaian yg di buat hanya mereka yg tau.

agaknya bila penilaian tidak menyeluruh.. inilah akibatnya..