Tuesday, March 21, 2006

Parking punya cerita

Baru-baru ni aku terpaksa hadir memberi keterangan di Jab Peguam Negara berkenaan kes saman TPK ke atas Pusat Bertauliah kerana menyalahgunakan peruntukan pinjaman sejumlah 1.9K. Meeting mula pukul 9 pagi. Pukul 8.15 pagi aku cuba hubungi Izan di bahagian undang-undang KSM untuk pastikan dia dah pergi ke belum. Pegawai yang angkat bagitau dia dah pegi. Dalam hati terfikir sebab apa dia pergi awal, bukannya jauh sangat pun. Tepat jam 8.30 pagi aku bertolak, sampai di komplek Parcel C tiga kali aku tawaf komplek tersebut nak cari parking tapi tak jumpa jugak. Terlampau sesak, sehingga terfikir jugak nak balik dan mintak drebar hantar. Tapi memandangkan masa dah suntuk terpaksa jugak cuba cari parking. Akhir sekali aku terjumpa yang aku rasa boleh letak kereta walaupun bukan bukan parking lot. Elok je aku keluar kereta guard datang kat aku, maka terjadila dialog berikut:
Guard: En tak bolek parking sini!
Aku: Habis nak parking mana lagi, dah 4 kali saya pusing tak jugak dapat parking.
Guard: En kena bagitau jaga kat depan
Aku: Bagitau pun apa dia boleh buat, tempat semua dah penuh
Guard: En tak boleh paking sini nanti dia orang marah
Aku: Sapa nak marah! Tempat ni bukan ada sapa-sapa punya parking. Lagi pun saya sekejap je, ini kes mahkamah, saya perlu segera.
Guard: Apa hal pun En tak boleh parking sini
Masa tu aku dah sikit hot
Aku: Saya letak jugak, apa nak jadi pun jadi la saya tak peduli...

Aku terus beredar dan aku tenguk guard tu blah. Dalam hati dok menyebut tak sepatutnya aku berkasar dengan guard tu, dah tugas dia. Aku dah tak ada pilihan lain, dah terpaksa. Lagi pun dalam komplek ni bukan ada saman pun, malah tak pernah pun dengan kereta kena kunci tayar. Inilah silapnya bila buat building tanpa memikir parking untuk customer. Patutla Izan awal-awal dah pergi, rupanya nak kejar parking.

Perbincangan pagi tu pulak agak hangat. Memang lawyer ni cekap bermain dengan kata-kata. Silap je sikit dia akan skru. Nasib baikla tak banyak yang dia tanya aku. Pegawai dari TPK tak tertepis menjawab soalan, semuanya soalan membunuh. Perbincangan habis pukul 12.15. Seperti yang aku dah jangka bila aku pergi kat kereta satu notis dilekat di cermin hadapan yang bertulis "Tidak dibenarkan parking di sini". Aku buang notis tersebut dan balik ke pejabat. Tapi nak jadi cerita sebelum aku masuk parking kat blok aku tetiba satu mator langgar belakang aku. Aku tenguk Mat tu dah tertiarap kat tepi. Motor dia teruk jugak. Aku tenguk lampu belakang sebelah kanan kereta aku dah berlubang, sakitnya hati..... Nak mintak ganti kat Mat motor tu pun tak sampai hati bila tenguk muka dia bukan main toya. Ini la agaknya balasan sebab berkasar dengan guard tadi.......

7 comments:

PB said...

Keter ni macam tak sah kalau tak kena cium sekali sorang.
Dulu Bro Zino.
lepas tu PB.
Dan sekarang Bro Kamato pulak.

Nasib baik tak teruk sangat.

Next time, nampak gaya semua pemandu UNTA kena berhati hati.

babydiana said...

parking kat maner2 pun susah...pening kepala nak fikirkan pasal parking...

KAMATO said...

PB, ni dah masuk kali kedua, dulu saya yang sondol orang

babydiana, ni la masalah kita sekarang bila semua orang dah mampu beli kereta

blackpurple said...

Masalah biasa . kat Putrajaya pun.Banyak kereta dan motor parking tepi2 jalan...kat atas kaki lima bangunan pun banyak...... sakit mata memandang......

zino said...

perancangan putrajaya nampak macam mantap.. tapi rupanya masih ada kekurangan..

kamato
kereta tak teruk kan.. anggap duit yg kluar nak repair tu bukan rezeki kita.. hak org lain..

KAMATO said...

balackpurple, zino, perancangan awal dulu tak semua kereta boleh masuk kawasan komplek, tapi masalahnya public transport yg dirancang belum menjadi, itu yg sekarang agak kelam kabut.

sri said...

hidup ini ada untung, ada rugi. bak roda, sekejap di atas sekejap di bawah - cewah, ayat klise ni sedap je menaipnya. semoga bro kamato dan yang lain-lain (saya juga) akan lebih berhati-hati. hahaha, ini ayat fadzillah khamsah le pulak...