Monday, April 11, 2011

Gajet

Berikut sebahagian gajet yang wajib ada dalam kereta bila aku memandu


Smart tag - Dulu-dulu masa tak ramai pakai benda ni, lapang je lorong smart tag. Sekarang ni lorong smart tag lagi banyak kereta berderet berbanding lane touch & go. Dan acap kali juga aku terpaksa masuk lorong touch & go untuk mengelak beratur panjang. Agaknya dah sampai masa Plus perlu menambah lorong smart tag.
Hand Free – Dah berapa kali entah aku dah terhilang benda kecik ni. Klau takda benda ni pun susah juga.
Garmin Nuvi – Dah lama aku pakai benda ni, sejak mula-mula keluar dulu. Garmin antara software terbaik sebab terdapat community yang rajin update route. Kalau kita rajin update tiap bulan kita akan sentiasa dapat map terbaru. Alat yang cukup membantu dalam perjalanan. Ke mana kita pergi, kita tak perlu risau, gajet ni akan tunjuk arah. Cuma dalam negara kita belum boleh punch sampai ke nombor rumah untuk serch. Di Japan dan Eropah gajet ni dah boleh search sampai ke no rumah. Baru ni aku terkena juga pakai benda ni. Aku pergi satu jemputan di satu kampung di Kapar. Ikut peta rumah kenduri belakang satu masjid, so aku search nama masjid tu. Bila aku sampai masjid tu tak ada pun kenduri kat situ. Rupanya dalam kampong tu ada 2 masjid yang sama nama, satu masjid lama dan satu masjid baru. Jarak antara dua masjid ini agak jauh. Kebetulan pulak kad jemputan tertinggal maka terpaksa la tanya orang-orang di situ. Inila pertama kali aku terkena bila terlalu bergantung pada gajet ini.
Radar Detector – Gajet ni aku baru guna. Sorang kawan belikan di Japan. Kat negara kita tak jual benda ni. Compact dan smart gajet ni. Menggunakan kuasa solar, dan boleh disambung ke kereta kalau perlu. Yang bagusnya dia boleh auto on apabila kita start injin dan akan off sendiri apabila kita mati injin walaupun tiada sebarang cable antara gajet ni ke kereta. Gajet ni akan berbunyi apabila ia mengesan sebarang radar, malah dia boleh mengesan sehingga maksima jarak 3 km.

14 comments:

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

benda2 macam ni tak boleh dipamerkan... jahanam kereta kita
he he

Wassalam

pB said...

Salam Bro K


macam mana nak updata Garmin tu ???

PINATBATE said...

Hebat..hebat! saya cuma ada gadjet yang paling atas tu jer..tu pun guna masa balik kg..hari-hari pergi kerja tak kena tol.Syukur..

ZABS said...

Salam Kamato,

Pengesan radar tu persiapan untuk pandu laju ke?...!!!

KAMATO said...

rozali, betul la tu, memang kena sembunyi kalau parking tempa sunyi

KAMATO said...

pb, download malsingmaps, free je kat internet

KAMATO said...

pinatbate, untung la pergi kerja tak kena tol< saya hari2 kena bayar tol

KAMATO said...

pak zabs, betul la tu, memang untuk speed trap detector

Aki44 said...

Salam Kamato,

Dah lewat nih tapi tak per. Gajet last sekali tuh bolih order via kamato ker.

KAMATO said...

aki44, kalau ada kawan pergi japan nanti saya bagitau

SERI CAHAYA said...

As Salam,

Tq for sharing... t'tarik dgn radar detector ni, ermmm bleh order ngan kekwn di Jepun..:)
Tq

rezeki said...

salam

gps saya dtg bersama kereta dari jerman, tapi peta dia tak terkini , kena tunggu depa keluarkan cd update, baru boleh hehe

handfree pun hanya on kan blootoh kat kereta dan hp,

smart tag jenis hulur tangan hehehe

yg bab last tu , radar ikut gerak hati je hehehe

KAMATO said...

seri cahaya, takda kawan yg sekarang duduk sana, dah balik, nanti kalau ada yang nak pergi, saya suruh cari

KAMATO said...

rezeki, keta saya pun ada build-in tu, tapi tak set ngan hand set lagi...he he