Wednesday, April 20, 2011

Memandu vs Mengantuk

Bila umur dah meningkat ni selalu mengantuk bila memandu. Kawan-kawan ada apa-apa petua ke nak hilangkan ngantuk bila memandu.

Berikut dialog dengan mem bila aku baru balik dari out-station,

Mem: Abang bertolak pukul berapa dari sana?

Aku: Pukul 5.

Mem: Hah! Abang bawak laju macamana?

Aku: Takla laju sangat, cuma satu-tujuh, satu-lapan je. Kadang-kadang satu-sembilan, tak lebih dari tu.

Mem: Abang tak sayang ke dengan kami ni?

Aku: Sebab sayang la abang bawak laju, kalau bawak slow abang mengantuk. Bawak laju mata celik dari mula sampai sini non-stop.

Mem: Macam ni abang masuk je la F1.

Aku: Kalau dibagi peluang nak juga cuba.

6 comments:

dEeWaN said...

Salam. Biasalah jk dh sorang2 pasti mengantuk..Petua tu xdalah cuma sekadar ingatan, apakata sebelum pjalanan tido secukupnya.

asuhara sue said...

tak perlu org dah umur dah meningkat pun bro, saya pun kena ada kawan berbual kalau balik kpg, kalau tak tak.....

Ayah Zain said...

az kalau drive sensorang ok pulak. tp kalau dengan mem, amatlah mengatoknya kerana mem TIDOOOOOOOR

zue said...

laju tu..klu zue duduk sebelah ni mesti dah kena bebel.

nak ubat ngantok...cari teman sebelah..hehehe.

Unknown said...

assalamualaikum...

masyaAllah,fuhhhh semangat lajuuuuu tu . ingat ke hubby ummi dh bawa laju , tu pun baru satu empat @ satu lima je ..
ummi pernah dapat petua nie untuk hilangkan ngantuk, sebelum mulakan perjalanan baca ayat kursi...

wassalam

KAMATO said...

deewan,dah tidor banyak pun ngan tuk juga he he

asuhara, ye le.... kalu ada teman bual, memang tak ngantuk

AZ, sama la.... mem saya pun selalu tidor, tapi saya suka kalau dia tidur, boleh bawak laju

zue, memang pun mem selalu bebel kalau bawak laju

ummi, terima kasih kongsi ilmu ini