Thursday, March 31, 2011

Lempeng

Aku ditugas mengganti bos untuk satu majlis yang disempurnakan oleh menteri KKLW di Alor Gajah. ‘Datuk T’ ada jugak dalam majlis tu, dan bila wartawan tanya pasal kes video tu, dia tak mau jawab… ha ha, lantak dia orang la………. Apapun semoga kebenaran dipihak yang benar.


Aku tak berhajat nak cerita pasal majlis ini, yang aku nak cerita ni pasal lempeng kelapa. Sebelum aku sampai ke tempat majlis ni aku singgah di satu gerai di simpang jalan kira-kira 10 km dari tempat yang aku nak tuju untuk mengalas perut. Gerai tersebut menjual lempeng kelapa. Apabila kita order baru dia buat. Makan panas-panas cecah sambal tumis ikan bilis, memang mengancam. Kena pulak secawan kopi 'O' pekat. Sebenarnya dah bertahun aku tak makan lempeng sebegini. Kecik-kecik dulu emak selalu buat. Kadang-dang makan dengan sambal ikan bilis, kadang-kadang makan dengan sambal hijau, dan kadang-kadang makan dengan sambal tahun. Nak jumpa sambal tahun sekarang ni dah cukup susah.

18 comments:

asuhara sue said...

alamak, terus lapar bila tgk lempeng+sambal tuuu...kat medan selera p9 putrajy pun ada jugak, tapi rasanya yg dlm gambar ni lagi mantoppp!

KAMATO said...

asuhara, o... ada kat p9 tu rupanya

shami2 said...

Salam cik komato...

Sensitif tul nama huruf D & T tu...hehehh kalu sya jadi wartawan saya pun rasa nak tanya soalan tuh..heheheh nak tgok reaksi dia...heheh

lempeng ngan pinggan tu sinonim tul..kena berseni..
makanan dulu2 pinggan sajian pun ala dulu2 tapi evergereen sesuai sepanjang zaman...nostalgia tuh

PINATBATE said...

sedap..sedap..lempeng asli kekal sedap sepanjang zaman..
apa apa jer lah Dato T...

KAMATO said...

shami2, seronok juga tenguk muka dia bila wartawan tanya

KAMATO said...

pihatbate, sesekali makan makanan asali ni, memang sedap

zino said...

enak nampak nya tu...

sonata anak kancil said...

sangat sedap....tapi dah lama tak buat ...bukan susah beno...kena buat macam ni....inilah makanan asli kita!yang asli adalah sedap - betul kan?

Zabs said...

Salam Kamato,

Lama tak ke sini. Begitu juga anda. Ada banyak kisah lama yang saya dah tulis untuk kenangan lalu...haa.
Saya biasanya makan lempeng dari tepung je cecah dgn gula atau gulai dari semalam yang tak habis diperhangatkan semula. Bila dah lapar semuanya lazat. Alhamdulillah.

KAMATO said...

zino, memang sedap bila sesekali makan

KAMATO said...

Pak zabs, saya pun lama tak update

KAMATO said...

cikgu sonata, makanan ni dah hampir dilupakan, memang kena dihidupkan semua

Izariza said...

a'ah, memang ada kat food court p9 tu .. tapi selalu sold out :(
ohhh .. pinggan dan cawan tu pun klasik tuan, skrg dah jadi bahan koleksi penggemar2 antik .. motif bunga kangkung ni dulu memang banyak (rumah mak saya pun pakai pinggang ni dulu2 tp skrg payah nak jumpa ..opps .. sorry terkeluar tajuk pulak :D

safiudin.com said...

Assalamualaikum,

alhamdulillah, syukur..

ni perebet saya ...

Wassalam.

KAMATO said...

izariza, kalau selalu sold out... maknanya ramai yg suka makan makanan klasik ni

KAMATO said...

safiudin, tu la.... sesekali makan lempeng ni mengancum juga

SERI CAHAYA said...

Menarik ni...:)

Sy x pernah tau pun... alor gajah, lokasinya dimana ya, b'besar hati jk dpt bg info lbh detail..

dEeWaN said...

Salam.
Lama gak x bkomen yer....Psl lempeng ni saya gmr membuatnya, lawan smbl tumis .Tp yg pelik sambal tahun tu apa yer.