Saturday, January 29, 2011

Sawit oh sawit

Sejak kebelakangan ini harga sawit meningkat naik. Kenaikkan harga ini sekurang-kurangnya melegakan ramai pekebun kecil. Walau bagaimanapun kenaikan ini adalah pada masa musim buah sawit kurang. Bulan lepas harga sawit di kebun menghampiri angka RM800 setan. Mengikut ramalan harga sawit akan terus meningkat sehingga RM1000 setan. Yang agak menggusarkan kenaikan harga ini juga menuntut kenaikan kos operasi. Harga baja pada masa ini mencapai RM 90 sekampit, ini tak termasuk kos upah membaja. Harga racun juga turut meningkat.

Menjaga buah sawit yang harga berada di paras yang tinggi ini juga agak sukar. Pencuri-pencuri buah sawit sanggup menurunkan buah siang hari dari pokok seolah mereka bekerja di kebun dia. Sebahagian besar pekerja kebun sawit sekarang ni datang dari tanah seberang. Oleh itu pencopet-pencopet sawit ini boleh bermaharaja lela turunkan buah tanpa risau, sebab orang kampong ingat dia pekerja indon. Kebetulan pulak tuan kebun yang dicurinya itu tak duduk di kampong.


Kalau binatang perosak yang meceroboh kebun boleh juga di tembak, ini masalahnya manusia yang berjiwa binatang.

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

kena pakai pas pekerja
baru orang lain kenal

Wassalam

shami2 said...

Salam komato

Mungkin cara memagar mengunakan kaedah syifa berkesan...memagar kebun dengan ayat2 suci al quran..mudah-mudahan sesiapa yang berniat mencuri..tidak boleh mencuri..manakala yg benar2 bekerja dengan kita sahaja boleh masuk dan bekerja dan membuat urusannya. Cuba semak dengan ustaz2yg arif....satu cadangan..

zino said...

rezeki peneroka...

KAMATO said...

rozalai, ya la agaknya, kena pakai pas la semua indon2 tu... he he

KAMATO said...

shami2, terima kasih..... boleh cuba, insyaallah

KAMATO said...

zino, memang masa ni, peneroka yg senyum sampai telinga