Monday, January 03, 2011

Sanjung Auto

Baru-baru ini satu pusat servis kenderaan yang menggunakan nama Sanjung Auto telah dibuka secara rasminya di salah satu kawasan perindustrian di Bandar Baru Bangi. Tonggak utama di sebalik penubuhan pusat servis ini adalah Saudara Moin Hussien. Aku mengenalinya sejak lebih 20 tahun yang lepas. Masa tu beliau merupakan pengajar dalam bidang otomotif di ILP Perai. Oleh kerana keinginan untuk kerja dengan lebih mencabar, beliau telah berhenti dari ILP Perai dan join Proton. Di Proton beliau naik dari bawah sehinggalah menjadi peneraju utama pusat latihan syarikat tersebut. Semasa Proton mengalami kemurungan hanya bahagian latihan yang diterajuinya yang memberi keuntungan pada syarikat. Atas kecermelangannya juga beliau telah ditukarkan untuk menerajui pusat latihan Puspakom. Beliau telah berjaya membawa Puspakom sebagai pusat latihan bertauliah yang mampu mengeluarkan tenaga mahir negara. Pertengahan tahun lepas beliau meninggalkan Puspakom dan menubuhkan syarikat sendiri yang terlibat secara tidak langsung dalam membangun standard dan kurikulum bagi latihan kemahiran. Sekarang beliau bersama beberapa rakan kongsinya telah mengorak langkah menubuhkan pusat servis kederaan yang dinamakan Sanjung Auto. Pusat servis ini memberi tumpuan utama kepada pemilik-pemilik kereta Mercedes dan BMW. Walau bagaimanapun ia masih menerima kenderaan jenama lain selain Merch dan BMW. Di samping sebagai pusat servis kenderaan, syarikat ini juga akan menjalankan latihan kemahiran dalam bidang automotif. Sesiapa yang ingin mencuba sevis kenderaan di syarikat ini boleh la datang ke No 8, Jalan 9/6, Taman IKS Fasa 2, Bandar Baru Bangi.
Ustaz Asri Rabbani telah memimpin doa selamat dan bacaan yassin semasa pembukaan pusat servis ini

6 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum KAMATO

moga Sanjung Auto terus maju dan berjaya
amin

Wassalam

zino said...

UNSER tak ada peluang la nak ke sana ya hehe.. syabas kepada tuan punya syarikat semuga maju jaya..

KAMATO said...

Rozali, mudah-mudahan usahanya di berkati

KAMATO said...

bro zino, boleh je bawak unser tu kalau nak cuba.....

basha said...

Salam tuan mato, hamba dah mencuba semalam perkhidmatan Sanjung Auto. Boleh tahan kepakaran diaorang tu....kalu hantar Auto Bavaria aku kena RM5250, kat diaorang just RM2400 je... Bravo Hj Moin.

KAMATO said...

basha, RM2400 tu untuk job apa?