Terlalu cepat masa berlalu. Dalam tak diam Januari dah habis separuh.
Hari hujung minggu ku juga berlalu begitu pantas seperti berlalu tanpa sebarang nokhta.
Lepas subuh – Kuliah Ustaz Jaafar
8.00 pagi – Hantar mem ke pasar
9.00 pagi – Hantar computer along untuk maintanence
10.00 pagi – Sebagai fasilitator program khas PIBG bersama ibu bapa Sekolah Men Jln 4
12.00 pagi – Futsal Kementerian Sumber Manusia di Komplek Sukan Bangi (Dirasmikan Tim. Menteri Sumber manusia)
Lepas Zohor – Kenduri tahlil dan doa selamat warga taman
4.00 ptg – Kedai komputer
Lepas Asar – Kenduri doa selamat dan mesyuarat pembahagian tugas gotong royong bagi majlis kenduri kahwin seorang warga taman.
Lepas Magrib – Kuliah Ustaz Ariffin
Lepas Isyak – Baru dapat rehat panjang
Semalam sudah berlalu pergi, esok masih tidak pasti, hari ini masih mampu dikuasai.
nota: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara: Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati". (Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Dunia ini dah senja agaknya, sehingga dirasakan masa bergerak begitu pantas
7 comments:
Assalamualaikum KAMATO
tanda2 akhir zaman
masa terlalu cepat
Wassalam
salam...sama la nampaknya tugas kita bila dah lewat2 ni...semalam dari pagi sampai malam! baru lah boleh berehat...memenuhi tuntutan kerja - tuntutan kejiranan dan menguruskan anak2!...
bila pelbagai perkara nak dilakukan...terasa cepatnya masa!
encik Kamato,
jika terasa masa itu pantas tetapi hasil yang dilakukan berbaris seperti yang ditulis tu, rasanya lebih bermakna berbanding kalau tak buat apa, tak ada apa2 hasil .. tau-tau hari sudah pulang :)
selamat berhujung minggu!
bila sibuk dengan aktiviti.. masa terasa bergerak lebih pantas...
Salam.
Sungguhla.. masa terlalu pantas.. waima tak di waktu senggang pon terasa sekejap sahaja malam mengganti siang.. apatah lagi apabila hari dipenuhi dgn aktiviti..
mmg sungguh benar tanda akhir zaman..
Semoga segalanya berkesudahan dengan Husnul Khatimah.. ameen.
Salam komato
Masa terasa bergerak pantas, walau kita sibuk atau duduk saja..mengelamun..dunia sedang bergerak ke diakhir zaman...
Rozali, ialah dunia dah berada di hujung
sonata, harap kita semua dapat penuhkan masa sewajarnya
zino, masa kerja sibuk, hujung minggu pun sibuk, bila agaknya tak sbuk he he
kaktiny, ameen...
izariza, cuma kadang2 apa yg diharap tak sempat dilakukan...
shami2, makin lama umur bukan makin panjang tapi makin pendek
Post a Comment