Sunday, December 05, 2010

Musim Kenduri Datang Balik

Sejak minggu lepas hingga hujung tahun setiap minggu ada sahaja jemputan kahwin. Semana yang mampu akan ku gagahi untuk hadir. Hujung minggu baru ni jiran aku juga buat majlis yang sama. Ini bermakna sepanjang lorong rumah aku di pasang kemah dan secara tak langsung rumah aku juga menjadi operasi sebahagian aktiviti keluarga pengantin.
Muzik live begini dah amat jarang sekarang ni di Bangi untuk mana-mana majlis perkahwinan. Namun begitu memandangkan jiran aku ni merupakan pemimpin okestra di salah sebuah universiti, maka beliau tidak dapat mengelak untuk menerima tawaran rakan-rakan untuk menghiburkan pengunjung dengan alunan muzik tradisional.


Dalam sibuk kerja-kerja kenduri jiran ni, aku masih berkesempatan untuk balik ke Ijok untuk memenuhi jemputan kahwin. Kebetulan bila aku sampai aku dapat duduk bersama sepupu aku. Agak lama juga aku tak jumpa sepupu aku ni. Mungkin masing-masing sibut dan kenduri begini la peluang untuk bersua muka. Kami berpelukan untuk seketika. Sebenarnya sepupu aku ni bergelar Datuk, tapi seingat aku tak pernah walau sekali pun aku panggil gelaran itu padanya. Aku selesa dengan gelaran abang, lantaran itulah panggilan sebagai sepupu sejak kecil lagi. Dulu dia ni seorang guru agama yang tak kurang hebatnya. Malah seringkali menjadi iman dan berkhutbah di masjid-masjid sekitar mukim Ijok. Keputusannya satu masa dulu untuk bertanding di parlimen mengejutkan banyak pihak terutamanya pihak keluarga, dan beliau berjaya meyakinkan bondanya agar merestui perjuangannya. Mungkin disebabkan ketokohan peribadinya, beliau menang dengan majoriti mudah. Beliau sempat dua penggal sebagai wakil rakyat iaitu sepenggal di parlimen dan sepenggal di DUN. Walau bagaimanapun apabila gelombang politik merubah senerio politik di Selangor dalam PRU yang lepas, beliau terpaksa akur dengan keadaan semasa. Sekarang masa beliau dipenuhi sepenuhnya berdampingan dengan anak cucu. Aku tanya kenapa sekarang dah tak ada rancangan kuliah subuh di Selangor FM macam dulu. Dia jawab ringkas “Tak tahu, sekarang dia orang dah tak panggil”. Secara peribadi sebenarnya aku sanjung cara kehidupannya. Walaupun selama dua penggal sebagai wakil rakyat dia tetap duduk di rumah murahnya di pekan Simpang Ijok seperti mana juga sebelum beliau menjadi wakil rakyat.

Kami duduk lama berborak, mengimbas kembali kisah dulu-dulu. Sebahagian besar berkisar kepada kisah bagaimana susahnya orang tua membesarkan kami dulu. Dan aku hampir tak dapat menahan air mata apabila dia mengatakan sampai sekarang dia tak boleh lupa arwah orang tua aku. Dia pun tak tahu sebab apa dia tak boleh lupa. Katanya setiap solatnya dia tak pernah lupa mendoakan arwah. Moga roh bapak dicucuri rahmat, Ameen.

8 comments:

rezeki said...

salam komato

itu yang sepatutnya buat seorang wakil rakyat, tidak menjadikan jawatan yang diamanahkan untuk dijadikan sumber kekayaan
tahniah buatnya krn dpt mengekalkan prinsip

sekrg ni byk berebut dan jadi yb, kerana nak jadikan batu loncatan mengumpul kekayaan

KAMATO said...

Pak Itam, nak cari YB sebegitu memang sukar nak jumpa

asuhara sue said...

susah nak cari YB mcm tu.....

Izariza said...

jika sewaktu hidup penuh jasa, bila pergi pasti dikenang, dan sentiasa dalam ingatan ..

KAMATO said...

asuhara, memang sukar sangat, yg biasa kita jumpa walaupun baru sepenggal, bunglo terssergam indah dah jadi miliknya

KAMATO said...

izariza, juga untuk ingatan kita agar sentiasa sama2 berbuat jasa

pB said...

salam


lama kita x jumpa

KAMATO said...

PB, rindu juga TT macam dulu2