Sekadar ingat mengingati ...
Buat panduan untok semua...
Amin...
Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
• Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
• Allah jadikan bulan,bin tang ,matahari dan cakrawala.
• Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
• Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
• Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
• Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
• Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
• Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
• Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
• Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
• Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
• Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
• Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
• Berpuasa -Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
• Mandi dan membersihkan diri -Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
• Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga -Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
• Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka - Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
• Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali - Doanya dimakbulkan Allah.
• Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
• Sunat menginai dan mengerat kuku.
• Menjamu dan memberi minum kepada orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
• Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
• Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
• Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )
4 comments:
salam
terima kasih atas info namun dimaklumkan berpuasa sunat mesti dimulai pada 9 dan kemudian 10 muharram atau pada 10 dan dikiuti 11 muharam untuk membezakan dengan amalan puasa yahudi.
AZ, betul la tu, sebab yahudi pun puasa 10 muharram
salam kamato,
insyaALLAH sama2 kita berpuasa dan beramal dgn nya ...:)
amin
tqs for sharing..
Post a Comment