Teknologi itu untuk kemudahan. Tapi kadang-kadang teknolgi itu juga akan menyusahkan, terutama apabila kita leka. Perkara tersebut terjadi pada ku hari ini. Kenderaan yang aku pandu terkenal dengan cirri-ciri keselamatan. Pendek kata kalau simpan computer dalam bonet memang tak perlu risau. Tapi nak dijadikan cerita semasa mengisi minyak di salah satu station minyak, aku bukak bonet kerana ingin menukar kasut yang terdapat dalam bonet tersebut. Semasa memakai kasut aku secara tak sengaja meletakkan kunci kereta dalam bonet. Dalam masa yang sama minyak sedang di isi. Apabila minyak penuh aku terus bergegas untuk mengangkat pam dan dalam masa yang sama aku menarik bonet untuk menutupnya. Masa tu bonet dalam mode autolock. Sebenarnya memang jarang aku set dalam mode auto lock, kecuali apabila aku bawak computer dan terpaksa parking di tempat awam. Spare master key yang ada juga tidak berfungsi apabila bonet dikawal sepenuhnya oleh electronic lock. Terpaksa mohon bantuan secara on-line dari expert kerana semua pusat servis tutup hari ini, dan akhirnya aku berjaya mengeluarkan kunci tersebut setelah berusaha hampir 3 jam. Niat ku untuk ke Perangsang Golf Resort Rawang kerana majlis re-union ex-TIKL. Sekurang-kurang hari ini aku tahu rahsia di sebalik kenderaan ini.
17 comments:
Assalamualaikum KAMATO
Alhamdulillah...selamat
walaupun makan masa 3 jam
Wassalam
Asslamualaikum...
Hikmah disebalik kesusahan yang menimpa...
nurazzah8
sedap nampak kek tu....!
rahsianya?
masyallah....tapi kek itu nampak sedap, yummy
kereta BM mmg bab lockingnya special sikit. alhamdulillah boleh juga membukanya.
anyway...cake itu mmg memukau kalbu. eheh
nasib baik 3 jam.. kalau tiga hari amacam? hehe
Rozali, sekarang insyaallah akan sentiasa beringat, itu kenangan yg cukup bernilai
Nurrazah, setiap perkara yg terjadi itu memang ada hikmahnya
Pinatbate, satu plate berbentuk tingkap telah di reka di belakang tempat duduk, tapi memerlukan kepakaran khusus untuk membukanya
Maksu, mai la nak rasa kek tu he he
Cikguzue, tu la, mujur sungguh boleh juga ambik kunci tu
Zino, 3 jam yg penuh tragis, he he
Salam komato..
3 jam yang penuh hikmah..bila ini tejadi secara auto juga kita hisab diri kita hehehe
Kek tu nampak sedap..hehehhe kalau lalu rawang jgan lupa singgah kedai kambing...shami
fuhh... bab ni la yg amat perit kalau terjadi.. esp kereta2 yg autolock ni..
Antara hikmahnya, dapat tahu salah satu rahsianya... :)
nasib baik terbuka, kalu tak kena tukar kunci produa plak..he..he
Post a Comment