Aku berkesempatan singgah di kediaman seorang kenalan yang tinggal jauh dari kesibukan kota, seorang insan yang cintakan kedamaian. Rumahnya dibina di lereng bukit di kawasan Bukit Tinggi. Konsep pembangunannya memang boleh dicontohi, kediamannya dibina tanpa ditarah lereng-lereng yang sedia ada. Berada di kawasan rumahnya terlupa seketika hiruk-pikuk kota. Di sekeliling rumahnya dipenuhi dengan tanaman seperti kobis, tomato, cili, timun, salad, strawbery dan macam-macam lagi. Semuanya ditanam menggunakan kaedah moden tanpa memerlukan kawasan yang luas. Mungkin disebabkan kawasan tanah tinggi ini memang sedia asal sejuk, maka semua tanaman di situ hidup subur. Kata insan ini, dia tidak pernah menjual hasil tanamannya, tetapi hanyalah untuk dihadiahkan kekapa kawan-kawan. Susur masuk dari jalan besar ke kawasan rumah
Depan rumah yang ringkas dan dipenuhi pokok markisa yang menjalar dan berbuah lebat.
Apabila berada di belakang barulah kita sedar rumah ini rupanya tiga tingkat dan dibina mengikut cerun bukit
Sebahagian dekorasi dalam rumah yang mempunyai 12 bilik, moden dan simple
Masuk sahaja ke ruang tamu, kita akan berpeluang keluar melalui pintu belakang dan kita akan berada di kawasan indah ini tanpa kita menyedari kita berada di bumbung bangunan setinggi tiga tingkat. Di sini kita dapat melihat pemandangan hutan menghijau yang cukup menawan.
Pokok-pokok kayu hutan di lereng depan rumah masih dikekalkan tanpa di usik, cuma pohon-pohon renek yang mengeluarkan bunga disulami di kawasan lereng.
Kaedah moden digunakan sepenuhnya untuk menanam sayur-sayur ini, tidak perlu menyiram dan tidak memerlukan tanah yang luas tapi mampu menghasilkan kuantiti hasil tanaman yang tinggi.
Pokok strawbery ini baru mula mengeluarkan buah, ia ditanam hanya dalam beg plastik
Sesiapa pun akan geram melihat salad yang sihat dan gebu walaupun hanya ditanam di dalam mangkuk yang kecil
14 comments:
kena beli lah dulu satu lereng bukit hehe
Bro zino, bila nak beli? Kita beli sama nak
salam Kamato,
cantiknya landskap kediaman sahabat saudara tu....tentunya menjangkau jutaan ringgit kosnya :)
Hajah, tak tanya berapa dia spend duit untuk rumah seperti itu,
inilah cita2 saya, tapi tak la sampai ada 12 bilik dlm rumah tu!
Wallawei bestnyer... sekali skala dpt bercuti sini ke alangkah damainye...
Allah murahkan reseki dia untuk miliki semua ini
Macam resort... tak banyak pembangunan berteraskan permaculture mcm ni.....
salam akhi Kamato....
hai kalau ler hujan RM turun depan rumah umi ni ,mau dikutip n buat rumah macam tu , bilik tak sampai 12 pun tak per ler ...
aduhai sempat berangan plak ummi nih...
asuhara, moga cita2 itu akan terlaksana
nbk, sesekali duduk tempat sebegitu memang eronok, kebetulan di bawah lereng tempat tu ada anak sungai yg airnya mengalir jernih
BP, itu la, yg selalu kita lihat, semua pembangunan akan gondolkan bukit
ummi, saua pun macam ummi kalau mampu teringin nak buat persinggahan sebegitu
Masyaallah..cantiknya..
Post a Comment