Monday, January 18, 2010

Mabuk kahwin

Alhamdullialah hujung minggu aku di beri kesempatan untuk mengiringi ustaz Rashidy, Sabtu subuh program Bicara Addin di Masjid Negeri Selangor. Ustaz Rashidy sendiri yang mengimamkan solat subuh pagi tu, memimpin tadarus dan seterusnya memberi kuliah dalam program tersebut. Alhamdullilah ramai yang hadir. Ahad selepas magrib ustaz pelawa ikut dia ke surau AnNur USJ4, untuk kuliah mingguan. Topik malam tu juga hebat “Benarkah Nabi Isa di salib”. Boleh tahan yang hadir.

Malam tu sebelum kami berangkat balik dari AnNur, kami didatangi oleh seseorang, orang kuat masjid. Dia minta ustaz datang rumahnya, katanya nak minta tolong sikit. Kami terus menuju ke rumahnya, apabila sampai kami diperkenalkan adik tuan rumah bersama isterinya yang telah pun menunggu di pintu pagar. Kami masuk ke rumah dan tak menduga pun rupanya makan malam telah tersedia. Sesudah makan tuan rumah menyampaikan hajat, katanya anak saudara dia tengah mabuk nak kawin dengan lelaki Amerika, nak mintak ustaz nasihatkan. Tuan rumah mintak adik dia bercerita masalahnya.

Makcik tu pun memulakan bicara. “Anak makcik ni umur dah 28 tahun. Sekarang bertugas sebagai executive di sebuah syarikat luar Negara yang beroperasi di Negara kita. Dari segi pendidikan ugama memang cukup. Dari kecik lagi makcik dah didik sepenuhnya. Cuma apabila anak makcik masuk UITM, perangai mula berubah. Mungkin pengaruh kawan-kawan. Apabila dah bekerja dia pun bertunang, tup-tup dia sendiri yang nak putuskan tunang. Makcik pun tak paham kenapa. Sekarang ni dia dah berkenan pulak dengan sorang laki Amerika. Laki tu memang selalu datang ke Malaysia sebab urusan kerja. Laki tu umur 50 tahun dan duda anak 3. Sekarang ni mereka dah buat keputusan nak kahwin dan duduk Amerika. Risau makcik, puas dah makcik bagi nasihat, macam-macam ikhtiar dah makcik buat, tapi langsung dia tak peduli. Ni la nak mintak ustaz pulak tolong nasihatkan dia.”

Kesian ustaz muda ni. Kerja di bahagian ancaman agama. Tugasnya hampir setiap hari menyelesaikan masalah umah yang terpesong dari ajaran islam. Malah hujah-hujahnya sering digeruni paderi-paderi Kristian kalau mereka berdialog. Beliau pernah berdialog dengan 3 orang paderi serentak di sebuah gereja di Jln Semenyih dan ternyata hujahnya tidak dapat disangkal oleh mereka. Tapi kali ni kena pulak selesai masalah gadis nak kawin dan lari dari keluarga pulak.

Berbalik kepada masalah makcik ni, siapa patut disalahkan? Kalau kita berada di tempat makcik ni mestila risau. Mana taknya, anak yang ditantang sejak kecil, telah dididik sehingga berjaya, tetapi akhirnya ingin meninggalkan keluarga kerana ingin berkahwin dengan pilihannya warga asing. Andaikata didikan agamanya tak kuat bagaimana beliau ingin memimpin suami yang baru masuk islam? Bagaimana kehidupan beliau di dalam komuniti bukan islam? Bagaimana kehidupan beliau dalam satu rumah bersama 3 orang anak bekas suaminya yang bukan islam? Bagaimana kalau anak-anak itu meminum alcohol di dalam rumah? Bagaimana kalau mereka memasak makanan tak halal? Amat sukar rasanya cubaan yang terpaksa beliau hadapi.

17 comments:

dEeWaN said...

Mmg payah seorang ibu nak mendidik anaknya menjadi insan yang berguna tapi zaman sekarang mcm mana kita didikpun bila CINTA dah menguasai diri apa saja yang kita cakap tak diendahkan langsung. Ada yang sanggup buang keluarga demi lelaki yang dicintai. Kadang-kala hancurnya hati kita sebagai seorang ibu.Moga-moga makcik tu dpt jalan penyelesaiannya.

sonata anak kancil said...

kalau cinta dah mengatasi segalanya...ibubapa tolak ke tepi....sepatutnya dia yang dah "berakal" boleh berfikir buruk baiknya berkahwin dengan bukan muslim ( insyaAllah masuk islam la nanti kan....)- dia mesti kuat!

Ayah Zain said...

Salam Komato,

Bila cinta menguasai segalanya abis tak dapat berpijak di bumi yang nyata. Udah tidak terfikir mana baik atau buruk.

Sesungguhnya syaitan itu mendatangi manusia dari depan muka, belakang muka, kiri dan kanan, hanya kepada Allah kita berserah, merintih mengadu dengan Allah pada sepertiga malam. Insya Allah.

Kaktiny said...

YA ALLAH..

huhuhu.. ni la antara yg amat dirisaukan skrg nih.. saya mmg risau sungguh la..

dh ler ada anak pompuan sorang, laki sorang (currently la..)
.. dgn keadaan kami si mak ayah kerja dan hanya harap sekolah dan org gaji yg jaga di siang hari... serta peruntukkan malam serta hari minggu shj utk tgk anak2.. LAGI LA RISAU HATI INI..

huhuhuhu...

CikguZue said...

Semoga ibubapa perempuan itu tak berhenti berdoa kepada Allah, semoga dibukakan hati anak dan bakal menantunya kepada Islam yg sejati.
Insya-Allah Allah akan sentiasa membantu dan memberi perlindungan-Nya.

khairyn said...

salam kamato

Dari pengalaman berkawan memang ada yg berkahwin dengan lelaki asalnya tidak beragama atau beragama lain. Ada yang berjaya bukakan pintu hati untuk kembali ke agama suci ni tapi ramai juga yang hanyut.
Kalau pendidikan sudah diberi, nasihat sudah diberi sekarang ni tawakkal pada Allah semoga anak itu kuat foundation agamanya dan tak terpesong.Harapnya si gadis dah bersedia hendak pikul tanggungjawab.

Pengalaman sendiri, kadang2 rasa sangat-sangat mudah beribadah di negara yang majoritinya bukan Islam dari di negara sendiri. Hikmah Allah swt ada di mana2 :)

silversarina said...

Dalam hal ini si ibu masih boleh terus menasihati anak gadisnya untuk tidak meneruskan hasrat berkahwin dengan lelaki Amerika tersebut , namun jika usaha ini tidak berjaya , si ibu perlu yakin bahawa ini semua adalah dugaan yang besar bukan sahaja buat anaknya malah buat mereka sekeluarga iaitu mereka juga memainkan peranan untuk memberi tunjuk ajar kepada anak dan bakal menantu mereka dalam bab-bab agama . Keluarga anak gadis perlu bersifat terbuka dan mendoakan yang terbaik buat anak gadis tersebut. Itu sekadar pandangan saya sebab saya tau bab cinta sukar untuk dikekang tapi ia mudah dicairkan dengan berlapang dada dan menerima mereka sedanya InsyaAllah .

Masy said...

moga2 diberi petunjuk n jalan penyelesaian yg elok utk pasangan tu.. huhuhuhuuuh

ainhany said...

salam
sbg ibu ayah teruslah mendoakan semuga anakandanya pulang ke pangkuan jalan. cinta itu buta tetapi tak dibutakan hati yg sentiasa mngingati ALLAH dan mati.
Anggapla ini sebahagian dari dugaan dan jika dah ditakdirkan jodoh telah tersurat..jgn putus hubungan dgn anak dan menantu..insyalaah setiap kebaikan akan pasti di balas dgn kebaikan..

sama2lah kita mndoakan semuga family ini berbaik dan bahagia. amin

ummu said...

salam tuan
sebenarnya bukanlah salah si ibu apabila ibubapa telah mendidik anak-anak dengan bekalan dunia dan akhirat.Mesti perasaan keluarga ini gundah gulana.sememangnya sukar apabila panahan cinta telah menguasai diri.

apabila seseorang telah jatuh cinta kepada makhluk,pastikan cinta yang telah 'tertumpah' itu tidak menghalang hamba menyintai Allah Yang Maha Esa melebihi segala-galanya. cinta makhluk hanya bersifat sementara sedang cinta Allah terlalu agung untuk dicalari.

Jika cinta makhluk menyebabkan cinta Ilahi tergugat malah mungkin lenyap,lebih baik tinggalkan cinta makhluk. insyaAllah seseorang yang berhijrah cintanya itu pasti tak akan sakit malah lebih bahagia dan tenang.sesungguhnya janji Allah maha Benar

Mak Su said...

secara amnya, mak bapak berikan didikan yang sepatutnya kat anak2. tapi anak2 itulah, samada mereka nak terima atau tak apa yang diberikan kat mereka :(

Hajah Zainab bt Abdullah said...

dugaan Allah kepada hamba2Nya datang dalam pelbagai bentuk & cara. semoga keluarga perempuan tu terus merintih meminta pertolongan DIA!

blackpurple @ jowopinter said...

Saya tertarik dengan komen khairyn....

Semoga dia terus diberi petunjuk oleh Allah...

arsaili said...

salam...maaf jika tak dapat email dari saya, ada saya terima. Terima kasih, ehehe kena beli micro sd card ....apa2 nanti saya tanya lagi

Cinta itu buta moga anak makcik tu beroleh rahmat dan dilindungi dari segala masalah.

Nunn said...

hidup sebagai hamba ALLAH ni kena selalu ingat mengingati...sama lah kita

safiudin.com said...

salam,

biar anak itu buruk, teruk atau hina pun... ibu dan bapa tetap menerima anak itu seadanya..

itulah hebatnya penangan kasih sayang ibu dan ayah...

ibu dan ayah telah berkorban untuk anak agar menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara..

tetapi anak?

bagaimana pulak anak?

Puteri Melur said...

Ustaz,

adakah anak gadis ini ada berpikiran utk bertukar agama? Takkan la sampai kesitu pula. saya rasa ibu gadis ini risau kerana pilihannya bukan lelaki melayu, asalnya bukan beragama Islam dan yg penting, anaknya akan berpindah ke negara sana...bagaimana pengakhiran ini?