Tanggal 10 Jan 2010 telah tercipta satu sejarah, dari alam maya kea lam nyata, satu reality dan bukannya fantasi. Satu perhimpunan warga PDKM telah di adakan di Masjid Muadz Taman Setiawangsa. Perhimpunan ini mengumpulkan follower blog Pengalaman di Kota Mekah (PDKM) dari seluruh negara. PDKM adalah satu blog yang dimiliki oleh Saudara Azli yang sekarang bekerja di HOTEL AL SAFWAH ROYALE ORCHID terletak betul betul sekali di hadapan Masjidil Haram.
Aku mula mengenali blog PDKM kira-kira 10 bulan yang lepas. Sejak itu boleh dikatakan setiap aku akan buka blog ini. Kadang-kadang sehari sampai 3 – 4 kali. Setiap kali aku bukak internet aku akan singgah dulu di PDKM. Walau bagaimanapun mungkin aku tergolongan dalam kategori silent reader dalam PDKM kerana hanya sesekali masuk dalam forum berbanding follower yang lain. Keistimewaan Saudara Azli atau kami panggil CL ni rajin update blog. Boleh dikatakan setiap hari blog dia update, kadang-kadang sampai 3 entry dalam satu hari. Sekurang-kurangnya dengan membaca tulisan-tulisanya terubat sedikit rindu pada Baitullah.
Tuan punya blog
Sebahagian blogger PDKM yang hadir
15 comments:
salam KAMATO
semoga ukhuwah berpanjangan , dtg tadi bawa isteri tak , akak tak perasan plak
salam saudar KAMATO...
Jutaan terimaksih kerana sudi datg tadi...alamdulilah..harapan sya semoga suadara hepi dan gembira hendaknyer...insyalah semoga ukwah kita berpanjangan hingga ke akhir hayat...
waslam
kak ummi, isteri tak ikut la...out station
Salam.Muga yg baik diteruskan.Mamaju pun dah buat N3 tajuk ni tadi..tk
Salam
Sdr Kamato...baru singgah kat AGK & Kamato , petang 10.01.10 dah jumpa !
Semoga ukwah berpanjangan.
Kamato....HEBAT HEBAT HEBAT. Moga terus mantap silaturahim yg dijalinkan dibwh keredhaanNya, insyaALlah.
Bestnya , ramai yang hadir .. akak tak dapat hadir sebab jauh dan tak dapat 'lesen beso ' nak drive jauh minggu ni ..apapun blog PDKM memang punya daya tarikan buat akak juga :)
Salam Abg Kamato,
Abg yg mana satu? Yg pakai spek tu ke? Rasanya wan tgk name tag tu semalam tp dah lupa lah
Salam Mr Kamato,
Salam Perkenalan.
Sy perasan yg mana satu En Kamato semalam.
Salam Mr Kamato
TQ ya atas entry ni
saya pun boleh tahu berita PDKM tu walaupun saya lihat dari jauh je
Wah seronoknya!
mudah-mudahan ukhuwwah berpanjangan
ramainyerr, bagus bagus, yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita rapat rapatkann.. kanns.. salammm abang kamato ittewww
salam....bestnya moga ukhwah berpanjangan dan lebih meluas
mak aaaiiii.. tu baru sebahagian.. yg sepenuhnya.. mesti meriah gilos.. bestnya..
CL, cukup seronok majlis itu, insyaallah ukhwah kita berpanjangan
mamaju, tak sempat kita sembang panjang, mungkin lain kali boleh jumpa
sonata, insyaallah cikgu, ukhwah berpanjangan
imran, itula bagusnya PDKM ni, mampu mengumpul peminat2nya
wan, betulla tu....
sinomosa, tak perasan ye.....sebelah CL tu la....
um.masyitah, terima kasih singgah
pinatbate, memang meriah, tula rugi cikgu tak datang
en_me, terima kasih singgah
arsaili, insyaallah...
kaktiny, sesekali jumpa bloggers ni seronok juga...
Post a Comment