Suasana ini aku rakam semasa dalam perjalanan ke airport Kota Kinabalu. Aku berhenti sekejap untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini, memang mengasyikan. Kerana kedamaian dan ketenangan itu mungkin menjadikan mereka begitu syik memancing dan lupa senja dah berlabuh.
nota
Kalau kita melihat laut dengan mata kepala, maka yang kita nampak adalah air yang luas dan membiru serta ombak yang tidak henti-henti memukul pantai. Apabila kia melihat dengan mata akal akan nampak ikan di dalamnya yang dapat ditangkap dan dijual. Namun begitu kalau kita melihat dengan mata hati pula akan nampaklah kehebatan Tuhan dan hikmah dalam ciptaan laut yang begitu luas dan dalam, yang siapa-siapa pun tidak tahu apa sajakah rahsia yang tersimpan di dasarnya. Terasa betapa kerdilnya kita di hadapan Tuhan.
7 comments:
Nak menitis airmata melihat betapa indahnya gambar yang dirakam ini , Subhanallah !!
tengok dgn mata fizikal.. rasa cam nk terjun dan berenang.. hahaha.. (sambil berenang.. sambil sambil menikmati laluan ombak, sambil melihat ikan yang berpasukan, dan sambil menyelusuri indahnya rasa lautan yang luas terbentang..)
Sunset kat KK memang spectacular.
Miss KK.
Lihatlah betapa nikmatnya kebesaran Allah. CiptaanNya begitu menakjubkan. Pertama kali sy lihat,begitu bersyukur dengan apa yang sy nikmati dimukabumi ini cuma kdg-kala kita terleka dgn nikmat dunia ini......
baik2 dengan senja yg berlabuh...di bibir air pula tu.
tapi memang KK sungguh indah.
Kamato...sejak insiden peribadi berlaku pd tahun 1999, saya sedari kita melihat, mendengar dan even berbicara dgn hati. Mata, telinga dan mulut hanyalah alat. SUBHANALLAH.
salam bro....sungguh cantek gambar itu
Post a Comment