Monday, November 02, 2009

Selamat Berangkat

Hujung minggu aku di penuhi dengan kenduri-kenduri rakan-rakan yang akan ke tanah suci. Seronok tumpang gembira kepada mereka-mereka yang berpeluang dijemput untuk menjadi tetamu Allah. Hari Sabtu aku bersama keluarga ke Banting untuk mengucapkan selamat jalan pada Bang Mat dan Kak Nor yang akan berangkat dengan penerbangan ke 35, mereka datang dari penang dan transit di rumah adik dia di Banting. Bang Mat ni rakan baik sejak aku duduk di Prai 20 yang lepas lagi. Sehingga sekarang kami masih rapat. Pernah satu masa dulu semasa aku belajar di Plymouth, anak aku lahir di sana. Bang Mat ni sanggup terbang ke UK semata-mata nak tenguk anak aku. Masa tu aku cukup terkejut dan terharu tiba-tiba dia muncul depan rumah. Semangat dan keseronokan beliau untuk ke tanah suci kali ini begitu kuat sekali. Beliau menerima dua tawaran iaitu melalui masasah dan pakej. Namun begitu beliau memilih melalui pakej, katanya bagi peluang jemaah yang lain ambik tempat dia melalui muasasah. Sempat juga aku bagi nombor telepon rakan di tanah haram untuk beliau hubungi . Semoga beliau akan dipermudahkan sepanjang berada di tanah suci dan dapat haji yang mabrur.

Balik dari rumah Bang Mat kami ambik keputusan untuk mengunjungi Hj Mispan di Sungai Buaya. Beliau juga ku kenali semasa di tanah suci. Memang kami sengaja tak mahu telepon dulu, nak buat surprise kononnya. Dalam kereta anak tanya sebab apa tak nak telepon dulu, kalau tak ada kat rumah kan susah. Aku jawab kalau telepon dulu nanti susahkan Wak Mispan nak tangkap ayam kampong. Sampai di rumah Hj Mispan, memang sah tak ada orang. Semua pintu tertutup rapat, inilah bahana tak mahu telepon dulu. Cuba menghubungi beliau melaui handsetnya, tapi malang cuma mailbox yang jawab. Maka kami pun duduk di serambi rumah yang yang tak ada tuan tu dengan harapan tuan rumahnya balik. Lebih kurang 10 minit kami di situ lalu depan rumah seorang kakak, rupanya kakak tu adik Hj Mispan. Kakak tu kata Hj Mispan ada kenduri di rumah adik dia di Taman Sri Putra, kakak tu suruh kami ke sana. Kami terus ke destinasi seperti yang dimaklumkan di Sri Putra. Terkejut Hj Mispan bila nampak kami. Sekurang-kurangnya hajat nak buat surprise berhasil juga.

Seterusnya Sabtu malam, Ahad tengahari dan malam di penuhi dengan jemputan-jemputan kenduri doa selamat untuk rakan-rakan dalam taman yang akan ke tanah suci. Semoga perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan.

9 comments:

Kaktiny said...

teringin nak pegi...
...dan yang penting.. nak hantar mak ayah ngan MIL FIL pegi jugak... semoga berkesempatan.. InsyaAllah..

KAMATO said...

kaktiny, mudah-mudahan...yg penting doa

Masy said...

insyaallah ade umur bole pegi ni..

KAMATO said...

masy, insyaallah

pB said...

kenapa kenduri sebelum pergi?

kenapa tak kenduri selepas pulang ??

silversarina said...

Selamat berangkat buat semua yang diberi rezeki menjadi tetamu Allah di musim haji tahun ini, saya tumpang gembira dan berdoa agar gikiran saya akan tiba jua nanti Insyaallah.

Mak Su said...

selamatkan para rombongan haji pergi dan balik dan moga mereka dapat haji yang mabrur, amiinn

KAMATO said...

PB, tujuan cuma mohon agar kawan2 tolong doa supaya selamat pergi dan balik

silversarina, insyaallah

maksu, begitula harapannya

tumismenumis said...

Semoga semuanya selamat dan mendapat haji yang mabrur