Monday, November 23, 2009

Mamutik, Manukan dan Sapi

Seminggu aku berkampung di Kota Kinabalu. Hampir setiap hari aktiviti aku seperti berikut; Selepas subuh jogging di waterfront (4.45 dah subuh – banyak masa), 8.30 – 5 petang berceloteh dengan pengajar ILA, 5 gym di hotel dan malam meraih dan diraihkan kawan-kawan yang bermastautin di sini. Hujung minggu aku sempat nejelajah 3 pulau di Taman Tunku Abdul Rahman Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Tidak dinafikan ke tiga –tiga pulau ini memang menarik. Keseluruhan taman Tunku Abdul Rahman ini dilindungi dari sebarang kegiatan penangkapan ikan. Kedatangan kita akan disambut dengan ikan-ikan dari berbagai jenis di setiap jeti pulau tersebut. Ternyata air di kesemua kepulauan taman tersebut begitu jernih sekali. Dengan bantuan diver professional aku berkesempatan menyelam di Pulau Manukan. Berada 10 meter di bawah permukaan laut dan bermain dengan berbagai jenis ikan termasuk Nemo memang mengasyikkan. Pemandangan di dasar laut dengan tumbuhan laut dan batu karang dengan berbagai warna memang menawan. Yang seronoknya setiap pergerakan aku di dasar laut itu dirakamkan dengan menggunakan video oleh diver professional yang turun bersama. Dengan berbekalkan roti yang di sumbatkan kedalam botol air mineral untuk dijamu kepada ikan-ikan didasar laut, pastinya kita akan dikelilingi oleh beratus-ratus ikan dengan berbagai jenis dan warna dan berebut-rebut untuk menjamu roti tersebut.

Di Pulau Mamutik dan Pulau Sapi aku hanya melakukan aktiviti snorkeling. Mengapung diri di permukaan laut sambil menikmati keindahan kehidupan dasar laut memang memukau pandangan. Tak sedar masa berlalu. Menyaksikan berbagai jenis ikan yang bermain di celahan gumpalan rumpai laut yang tebal adalah pengalaman sukar dilupakan. Kalau selama ini keindahan dasar laut cuma tenguk di tv, tapi kali ni di depan mata. Berikut beberapa foto dasar laut di Manukan – maaf gambar tak berkualiti.
Jeti Pulau Sapi yang indahBersedia untuk aktiviti Snorkeling di Pulau Sapi

16 comments:

silversarina said...

Bestnya dapat menyelam di sasar laut yang ada pelbagai hidupan . Saya akui pulau2 tu memang cantik dan bersih dari pencemaran . Cuma kamato lebih beruntung kerana kami tak sempat snorkeling pun sebab ke pulau manukan sehelai sepinggang, sekadar kenal pulau je , diving memanglah langsung tak pandai.

KAMATO said...

Saya pun sewa je peralatan kat situ

rudy bluehikari said...

InsyaAllah akan ke Sabah hujung bulan ni. Harap dapat ke Manukan. Tak dpt menyelam...... joging tepi pantai dan gym pun jadiklah.

KAMATO said...

rugi tu kalau ke manukan tak menyelam

tumismenumis said...

waa.. best best.
Rindu aku ngan Mamutik, Manukan dan Sapi. snokerling kat sana memang satu pengalaman yang best dalam hidup aku.

Obor obor banyak lagi ker?

Mak Su said...

rugi maksu tak pandai berenang

KAMATO said...

mazudi, memang seronok snokerling kat situ, tapi kalau dapat scuba lagi best

KAMATO said...

maksu, tak tau berenang takpa, ada lifejacket

Masy said...

sy x berani nk selam tp takat snorkeling berani la hehehehe

asuhara sue said...

wahhh bestnya bro!

kuIna said...

cantik la....

Mak Su said...

salam aidiladha :)

masih diving diving ker tu?

Izariza said...

nice pics ... mengingatkan saya kepada acar snorkelling di Pulau Redang :)

Mulan said...

oohh tersangat jeles...
kapan aku bisa ke sana..???

pB said...

dulu sempat ke Pulau Manukan jer

KAMATO said...

masy, cuba la tak susah pun

ashuhara, memang best

kulna, kalau tenguk sendiri lagi cantik

maksu, ha ha.... dah lama naik darat

izariza, pulau redang memang best

mulan, bila nak pegi

pb, dapat menyelam ke tak?