Thursday, November 05, 2009

Kesihatan diri

Setelah beberapa tahun aku tidak membuat pemeriksaan kesihatan, 3 bulan yang lepas aku menemui doktor untuk tujuan itu. Hasil yang di dapati amat mengejutkan, kandungan gula dalam darah yang tinggi, kolestrol melebihi tahap selamat dan berat badan yang melebihi dari sepatutnya. Doktor memberi kata dua, menjaga kesihatan atau akan menghadapi masalah. Doktor bagi bagi masa 3 bulan untuk aku cuba baiki.

Dalam masa 3 bulan aku jaga makan sepenuhnya, kurangkan makan lemak dan minyak. Dalam masa 3 bulan tu jugak aku tak menyentuh nasi lemak, tak menyentuh roti canai dan teh tarik yang mana makanan ini merupakan kegemaran aku. Sesungguhnya menjaga makanan semasa musim raya baru-baru ni memang mencabar. Dalam masa 3 bulan ini jugak hampir setiap hari aku pergi ke gym atau pun berjoging.

Dan selepas 3 bulan hari ni aku membuat pemeriksaan semula, doktor yang memeriksa terkejut dengan perubahan pada aku, malah aku sendiri terkejut. Kolestrol turun kepada 4.0 dan kandungan gula pulak menjadi 4.9. Berat badan aku pulak turun sebanyak 7 kilogram. Doktor suruh maintain, masalahnya masih mampu atau tidak untuk aku terus menjaga makan dan bersenam setiap hari.

11 comments:

zino said...

inshaallah berjaya..

KAMATO said...

zino, yala... ni nak cuba teruskan

KAKTINY said...

wah...mesti dh berdouble2 macho.. jogging + gym..

pergh.. mesti ada 6 pack nih.. kehkehkeh...

apapun.. kesihatan itu keutamaan k.. hindari makanan yg 'sedap' tapi membawa 'penyakit'.. ingat tuh!!.. pantang makan betul2.. jgn PANTANG NAMPAK plak.. hihihihi

KAMATO said...

kaktiny, ni la masalahnya nah hindari makanan yg sedap2 tu yang payah....

aintsuperwoman said...

salam.

both hubby and I pun kena buat exactly like what u have done. the biggest problem is - `strong self willing' tu. Selalu kalah dgn keadaan. :(

Tapi we never give up pun. Nak try jugak. :)

Bolehlah bagi tip sikit ye...

silversarina said...

salam,

syabas ! memang kuat semangat betul. tapi tak pe demi kesihatan , ada masa teingin sangat bolehlah makan roti canai dan teh tarik , setakat nak lepaskan gian.

Akak dah lama juga start mimun susu alpha lipid macam yang pernah you sarankan dan kesannya Alhamdulillah ,sihat dari dulu.

KAMATO said...

ainsuperwoman, memang sukar melawan keadaan. Lebih2 lagi negara kita ni terlalu banyak pesta makanan, makan la juga sekadar menghormati majlis tapi dgn kuantiti yg berpatutan. Yg penting kena buat senaman.

silversarina, saya pun sejak jumpadoktor baru ambik susu tu. Sebelum tu memang tiap bulan belikan untuk emak, memang ada perubahan

pB said...

moga dpt kekalkan tahap kesihatan ini


jom TT

Mak Su said...

mmg berat dugaan tu, kena kuatkan semangat. caiyuk caiyuk.

p/s: proj owang pempuan jer...hahahaha

Mazudi said...

Tahniah. Kena maintain beb.
Aku rasa aku pun kalau pigi cek lagi, mesti ada masalah jugak ni.

KAMATO said...

PB, diet2 juga, tapi TT no hal

maksu, selagi mampu akan cubala

mazudi, umur dah macam kita ni, kenala buat checkup