Monday, October 12, 2009

Wak Kasrin

Masuk minggu ni genap setahun sebulan, ayah meninggalkan kami. Sebab musabah kematiannya adalah kanser usus. Penyakit itu dikesan hanya 2 bulan sebelum arwah meninggal. Walaupun berbagai usaha telah di buat tapi Allah lebih sayangkannya. Dan sekarang ni Pakcik aku Wak Kasrin pulak disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru. Wak Kasrin ni orang kuat surau kat kampong aku, dia selalu jadi imam. Bulan Ramadhan baru ni hanya beberapa hari sahaja beliau dapat berjemaah kat surau, masa tu selalu dia sakit-sakit. Masa aku meziarahinya hari raya pertama, dia kata tak sangka dia boleh hidup sampai raya.

Hari ini aku ambil cuti untuk bersama Wak Kasrin. Seronok aku tenguk dia makan, sepinggan nasi yang dihidang habis dimakan. Wak Kasrin kata dia berselera makan hari ni sebab aku datang, biasanya nak masa sesudu pun susah. Semoga Wak Kasrin di beri kekuatan dan semangat untuk melawan penyakitnya

10 comments:

pB said...

wak karsin tu saper??

PINATBATE said...

Mudah-mudahan Wak Kasrin dalam peliharaan dan kasih-sayang Allah..

KAMATO said...

pb, wak kasrin tu pak saudara

KAMATO said...

pinat, mudah-mudahan

zino said...

semuga wak kasron tetap bersemangat dan tabah dengan dugaan...

kena lah melawat dia selalu macam tu..

KAMATO said...

zino, harap hujung minggu baru boleh melawat

Masy said...

didoakan wak kasrin beransur sembuh.. en kamato pembawa selera makan rupanya :)

dEeWaN said...

Salam. Agaknya En.Kamato ni owg jawa yer... Moga wak kasrin cpt sembuh. Selalu2lah en.kamato melawatnya. Bahaya ya skrg ni mcm2 cancer kita dgr. Moga kita dijauhi dr cancer. Amin

arsaili said...

salam eid saudara..moga dipermudahkan wak kasrin menghadapi penyakit tersebut...saudaa pun kena selalu check kesihatan ya..health screening

KAMATO said...

masy, iatu yang harapkan juga

deewan, kalau ada kelapangan memang akan melawatnya

arsaili, terima kasih saudara