Saturday, October 17, 2009

Rumah Terbuka

Di saat-saat akhir Syawal ni jemputan rumah terbuka begitu banyak sekali, sehingga kadang-kadang tak sempat untuk memenuhi keseluruhan jemputan. Rumah Terbuka di taman aku sempurna terlaksana dengan jayanya. Komitmen semua penduduk begitu menggalakkan. Y.B. Adun Bangi juga turut hadir menjayakan majlis. Sebenarnya majlis marhaban kami lakukan dari rumah ke rumah setiap malam bermula awal syawal hingga akhir malam tadi. Ziarah di lakukan mengikut lorong. Kalau kebetulan lorong tersebut banyak rumah maka agak lewat habis. Kadang-kadang sehingga 30 buah rumah kami ziarah setiap malam. Bilangan jemaah yang mengikuti rombongan marhaban sekitar 200 orang. Setiap jalan akan memasang kemah untuk tujuan jamuan. Oleh yang demikian bermula dari awal Syawal sehingga penghujung syawal boleh dikatakan setiap malam kami berpesta makanan. Setakat ni mungkin hanya di taman kami yang menjayakan program seperti ini di Bangi. Ternyata melalui program seperti ini hubungan ukwah antara kami semakin rapat.

Y.B. Adun Bangi turut sama marhaban
Anak-anak beratur untuk dapatkan sumbangan
Sebahagian kaum ibu yang hadir

10 comments:

Izariza said...

En Kamato,
puasa sebulan, raya sebulan setengah ngeee :)

blackpurple @ jowopinter said...

Di ofis saya 22hb ini baru nak buat majlis hari raya, Syawal pun dah habis...

KAMATO said...

izariza, itu keistimewaan negara kita

KAMATO said...

BP, takpa.... yang penting boleh makan

Mak Su said...

sabtu dan ahad tentu bangga, ramai orang berebut2nya :)

KAMATO said...

maksu, memang seronok sesekali berkumpul gitu

dEeWaN said...

Seronoknya ada rmh tbuka ni. Kat tmn sayapun buat pd mlm isnin lalu. Kws dun ksidang ni & kg 8, mmg ramai. Yg saya tahu sate jer 5000 cucuk. Ramai gak cuma tak dpt ambil gambar.

KAMATO said...

daawan, rezeki org jual sate

NBK466 said...

Bro KAMATO..kiranya more to TAMAN terbuka dari RUMAH terbuka laa kan? he..he..he..

KAMATO said...

nbk, ya laaa....taman terbuka la tu namanya